Thursday, 1 November 2012

What do you want for your birthday, Sayang ?


Petang 23 Oktober pukul  lima setengah. Mama jemput kayra dari school macam biasa. Tapi petang ni lain sikit kan?  Kayra tak sabar-sabar nak balik. Ada hadiah menanti. Tapi bila sampai rumah, dah ready untuk bukak hadiah, papa tak balik lagi. Mama suruh Kayra tunggu dulu dan dengan rasa tak sabar yang tak tertahan-tahan, terpaksa lah Kayra tunggu papa balik dulu untuk buka hadiah. Papa yang belikan hadiah tu untuk Kayra, jadi tunggu la papa...
Hadiah tu Kayra pilih sendiri ok. Nasib le baik mama ada kad ahli ToysRus dan time birthday Kayra dapat diskaun. Kalau tak, berpeluh la jugak nak membayarnya. Beli kat ToyRus bukan sebab nak barang mahal je, tapi sebab mamaPapa dah survey, harga mainan ni lebih kurang je dengan kat kedai mainan lain atau harga supermarket. Dah tu dapat diskaun lagi. Harga kat sini jatuh lagi murah pulak.
 Macammana Kayra boleh pilih hadiah ni ?  Hari tu ada la Kayra ternampak mama bukak satu image kat google gambar mainan kanak-kanak, dan tertarik kat satu mainan ni. Lepas tu satu hari masa kita jalan-jalan kat bahagian mainan Sunway Carnival Kayra ternampak benda yang sama. Dan bila mamaPapa tanya apa present yang Kayra nak untuk birthday, Kayra akan cakap itu saja berulang kali. Papa memang jarang hampakan permintaan Kayra. Kayra kena ingat tu, jangan nanti lupakan papa. 
Hadiah ni papa nak beli awal dari tarikh birthday, so hari tu lepas je mama dapat sms dari ToysRus, mama pun surf la internet untuk tengok barang tu kat website ToysRus, ambik code number dan petang tu jugak kita pi cari kat ToyRus Sunway carnival. Malangnya barang yang kita nak tu tak ada. Papa mintak staff kat situ check kat toyRus mana ada barang tu, Berpandukan code number tu katanya, kat ToysRus Gurney ada enam dan ToyRus Queensbay ada satu. Tanpa lengah masa terus kita gerak ke pulau. Gamble kita ke Queensbay dengan harapan benda yang satu tu masih ada untuk kita, kalau tak ada rezeki , lain kali sajalah kita ke Gurney Plaza. Tetap jugak nak benda itu untuk kayra. Dan kalau dah namanya rezeki, syukur ada di sini....

Sangat kelakar bila Kayra letak Mr Turtle nya kat atas birthday present.  Mama tahu kamu tak sabar dan penat menunggu. Tapi kita tunggu lah papa sekejap.


Akirnya papa balik jugak. Tanpa lengah masa. Terus Kayra koyak kertas pembalut.


Sangat tidak sabar.....


Akhirnya dapat tengok isi di dalam. Tapi kena sambung-sambung dulu.


Inilah hadiah hari jadi Kayra tahun ni, Papa belikan...Kitchen Playset...


Asyik. Nampaknya tiap-tiap pagi dapatlah Kayra masak sarapan untuk papaMama kan ?




Happy Birthday Kayra. mamaPapa sangat sayang kamu.


4 comments:

  1. bestnya Kayra...mesti Kayra suka sgt...Ida harga brapa set kicthen tu yek...hehehe:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap after discount dalam seratus dua puluh la camtu rasanya....boleh la sekali sekala...

      Delete
  2. happy b'day kayra..semoga menjadi anak yang menyenangkan hati mama papa..

    ReplyDelete