Wednesday, 7 November 2012

Aidiladha di mukasurat yang berbeza kali ni....



Lepas kerja-kerja di tapak khamis 25 Oktober 2012.  Mama terus balik rumah. Angkat beg barang semua, ambik kayra kat kindy dan kita terus gerak ke Taiping.  Malam tu kita tidur rumah Tok Honey.  Nampak macam kelam kabut kan?  Memang kelam kabut sebab....terkejut ke tak terkejut ni?  Esok, 26 Oktober 2012 kita nak terbang. Terbang kemana? Kita nak pi Medan.  Bercuti.
Macam tak masuk akal kan?   Semuanya tak dirancang dan berlaku sebab kita tak tengok tarikh betul-betul.  Main tempah je tiket kapal terbang. Ceritanya macam ni....  Eh !  Mama nak start dengan pada suatu hari ke ?  Ala, tak kisah la kan ..  ?   Ada la satu hari tu papa dok surf internet dan terbuka la website firefly ni, pastu papa cakap kat mama firefly offer tiket RM 0 untuk penerbangan ke Medan. Ok, papa kata kita pi la Medan time tu dan terus book. Lepas tu kita tengok la kalendar dan baru realize yang time tu Hari raya AidilAdha. Nak cancel, sayang. Nak pi pun rasa berat hati mula-mula tu. Tapi kita pi lah jugak. Sebab tiket dah beli. Sebab tu la kita balik Taiping jugak bermalam kat rumah Tok honey, tak dapatlah nak beraya besama tapi sekurang-kurangnya kita dapat bersalam raya pagi tu.
Subuh lagi mama dah kejut dan dengan mudahnya Kayra bangun pagi tu. Nak naik 'tebam' kan ? Mandi dan siap-siap, minum kopi yang Tok Honey buatkan, salam-salam (salam raya), kiss pipi tok Honey kiri kanan, kita pun gerak pi Bayan lepas pukul tujuh. Flight kita pukul 10 lebih.

Ya, dah sampai. Lain nya rasa. Parking, buka pintu kereta terdengar takbir raya. Tahun ni kita rasa di perantauan. Perantauan la sangat.....


Papa angkat beg. Nampak je besar tapi ringan je tu...


Printable check in reference. Departure time are shown.


Ambil kesempatan kat sorang penumpang yang check in bersama yang dok senyum-senyum kat kayra mintak tolong ambik gambar kita bertiga. Kalau tak, susah la nak ada gambar kita sekeluarga kan ?


Bantal busuk tak tinggal, mesti bawak kalau tak susah la nanti kalau merengek nak bantal. Dah berapa kali jatuh pagi tu pun tak tau . Mama nak pegang tak bagi. Ala... mama tak nampak la berapa berat beg kita masa pergi tu...


Time ni kita beratur nak masuk dah.


Dah dekat kapal terbang dah. Kali ni 9M-FYF. Firefly. Rasanya tiga kali dah Kayra naik firefly kan ?


Ni la aktiviti dia tiap kali lepas duduk je kat seat, nak baca maklumat keselamatan. Tunjuk gambar lepas tu tanya, this one can mama ?  Mama pun jawab, can kayra. Apa yang can mama pun tak tau...
Kali ni ada sikit gerun bila naik kapal terbang. Cuaca tak berapa elok sebab hujan lebat. Berdegup kuat rasa nak luruh jantung mama bila flight kita bergoncang sekali kat atas awan sana bila terlanggar awan. Macam-macam mama fikir masa tu. Tapi syukur bila semuanya ok lepas tu.


Kita dah sampai tapi hujan masih turun. Masa ni kita kat dalam perut kapal terbang lagi. Menunggu bas yang akan menjemput bawak kita ke terminal.


Dah naik bas. Hujan lebat. Kita harapkan selama kita di sini, hujan janganla kerap sangat, sebab kalau hujan macammana nak berjalan naik bajai...


Dah jumpa bapak kastam, dah ambik luggage. Kita dah ready keluar dari bangunan ni nak tengok dunia luar. Yey...


Hujan lagi. Minum sekejap lepas tu kita cari teksi untuk ke hotel. Awal lagi. Baru pukul sepuluh lebih ( Waktu Indonesia).


Garuda Plaza Hotel. Kita dah sampai. Boleh check in awal. Dah sampai sini baru lah dibagitau ada supir yang menjemput untuk dibawa ke hotel. Mana la kita tau. Tak cakap pun dalam website... Kita ditanya nak bilik facing apa?  Jalan atau swimming pool ?  Kita pilih swimming pool.


Ini bilik kita. Kecik je tapi ok la. Janji ada ruang berjalan. Tapi tadi kat bawah tadi katanya kalau kuak langsir nampak swimming pool, tak nampak pun. Nampak belakang hotel ja. Nampak kawasan perumahan.


Katil bersaiz king, cukup untuk kita bertiga. Kita posing dulu...


hehehe... ini pun nak tunjuk jugak. Ish...mama ni....


ok, macam kura-kura dah mama nak update blog. Sibuk sangat dua tiga hari ni dari siang membawa ke malam. Dari sibuk asal ofis, rumah pun sibuk jugak. Hmmm...Tapi mama nak buat jugak entry-entry ni sebab untuk kenang-kenangan kita nanti dan nak kena habiskan yang ni dulu sebab nanti akan menyusul entry pasal kayra. Banyak cerita terbaru pasal kayra ni.   :)

No comments:

Post a Comment