Friday, 16 November 2012

Medan, terbang pulang...........



Lamanya menanti saat dapat masuk ke dalam terminal, kita takmau masuk awal-awal sebab takut jemu. Tapi bila dah dekat-dekat  pukul lima (waktu Malaysia). Kami masuk. Buat custume ludgage check untuk scan barang yang kita bawak oleh kastam lepas tu Kayra dan boleh lari dalam tu sebab mama rasa selamat sikit. hehehe...kalau tak mama kawal je dia tak boleh lepas pandang sebab risau. (Maklumlah sorang ni je la setakat ni intan payung mamaPapa).

Tengok tu, seronoklah boleh lari-lari. 


Papa tu dok asyik sebut nasi kandar je hari tu dah dua tiga kali dah mama dengar. Tak sabar nak balik Penang la tu...


Dan kita pun sama kan Kayra ?


Lama la jugak nak tunggu kaunter Firefly bukak. Main game dulu untuk buang waktu.


Dan Kayra boleh dancing kat tengah orang ramai, practice untuk konsert kot.


Dan beg-beg yang mama bawak ni kita akan bawak naik kat perut kapal terbang dengan kita.


Ok, jam kaunter firefly dibuka dalam waktu Indonesia.


Baggage check in, papa tunjuk printed tiket. Lepas tu petugas tu akan tag bag kita dan hantar terus ke kapal terbang kita. Nasib baik tak lebih dari had yang dibenarkan sebab kita tak bayar pun untuk extra weight siap-siap. 


Datang Indonesia harus ada cukai airport ye. Maka terpaksalah papa bayar RP 75,000 seorang. Dalam duit Malaysia dalam RM24. Prosidur ok...


Menunggu lagi....


Main-main bergambar. Tapi mama suka gambar ni sangat. Papa, mama letak gambar ni rasakan, suka sangat buat muka 'macam-macam' kalau mama mintak bergambar bertiga. 


Ramai jugak kan ?


Dah tak sabar ni....


Akhir, saat yang dinantikan. Kita akan melepasi boarding gate.


Berlari dia bila nampak kapal terbang.


Wajib bergambar dengan flight kita. Kalau masa datang sini kita naik 9M-FYF tapi masa balik kita naik 9M-FYA pulak...


Selamat tinggal Polonia International Airport


Macam biasa aktiviti Kayra bila dapat je tempat duduk...


Bila lampu isyarat tali kaledar keselamatan dipadamkan, buka saja seat belt, jenguk ke tingkap, kita masih boleh nampak permandangan malam Kota Medan dari ruang Udara. Besar betul Kota Medan kan ?


Bye Medan, nanti Kayra datang lagi...


Ok.  Makan kacang dan ayaq oren.


Kapal terbang landing, turun bawah mama baru sedar mama tertinggal passport kat seat. Kita berpatah balik untuk ambik passport. Tapi kita tak boleh naik ambil sendiri, cakap kat petugas dan depa akan ambilkan untuk kita. Sambil berjalan mama kena leter. Sorry papa, mama excited sangat nak balik Penang. Lain kali tak buat lagi. Hehehe...
Lepas tu papa bising lagi sebab kastam nak check luggage. Terpaksa pulak kita buka zip bag kat depan depa. Padahal tak ada apa pun. Banyak baju terpakai kita je. Papa marah-marah lagi. Tapi bukan kat mama la...hehehe. Tak apalah pa, prosidur.
Masuk kereta, Kayra tidur. Parking kereta tepi jalan dan cari meja yang dekat betul dengan kereta. MamaPapa enjoy nasi kandar sorang sepinggan. Tak puas hati, cari kedai lain pulak, melantak lagi nasi kandar  tapi kali ni separuh pinggan pun tak habis. Ini kira balas dendam ke apa ?  Lepas makan kali kedua barulah kita gerak balik rumah. Rindunya rumah kita...


Dah tamat cerita Medan sekarang ni tunggu poskad je sampai. Leganya mama rasa....


No comments:

Post a Comment