Monday, 12 November 2012

Medan hari kedua sessi petang malam...


Ala mak aiiii...bersessi sessi pulak mama ni... Tapi mama tetap nak buat macam ni. Blog mama kan blog bergambar. Banyak gambar kita. Setiap gambar ada cerita. Mama nak nanti bila Kayra baca blog ni Kayra tak rasa jemu. Lagipun malasla mama nak tulis banyak-banyak. Bukannya mama pandai sangat pun nak menulis.
ok, tadi kita dah berjalan sakan. Makan pun dah kenyang. Kita balik rehat dulu sebab Kayra pun dah penat kan ? Tapi penat pun penatla kayra tak tidur jugak. Dah nampak Kayra tu cergas saja, papa ajak kita keluar balik. Siap-siap dan terpacaklah kita kat depan hotel tunggu driver roda tiga pagi tadi. Papa dah cakap kita mungkin keluar lagi petang tu dan mintak dia bawak kita ronda-ronda lagi.


Tunggu-punya tunggu Ari ( nama driver tu) tak sampai-sampai. Papa cuba call tapi tak dapat la. Kita tak pandaila nak call nombor Indonesia kalau pakai roaming. Dah tanya orang tapi instruction yang dibagi tu entah salah kat mana, tak boleh call.

(ihsan Mr Google)

Kita menapak sampai ke Yuki Simpang Raya ni sebab papa kata last choice, beli sim kad dan call nombor tempatan pakai handphone. Ok, dapat jugak call Ari dan kita tunggu di situ. Papa tu bukan tak boleh naik roda tiga lain tapi papa kata Ari tu baik dan macam boleh dipercayai. Ok, kita ikut saja cakap papa ok.


Kat situ sempat lagi Kayra jenguk kat tempat permainan dan main beberapa permainan kat situ. Kayra sempat tunggang binatang mainan kat situ dan naik choo choo train ni. Papa layankan sementara mama cuci mata kat tempat bakul rotan. Ada jugak beberapa barang yang mama suka tapi setakat suka je la, sebab kalau belipun susah nak bawak balik. Setakat bakul baju kat Malaysia pun banyak kan ? Nak cari pasal papa membebel, kalau berani mama belilah....



Selesai kat situ, turun bawah tengok-tengok Ari dah sampai. Tak kira mama nak pi Supermarket besar jugak. Ok, papa tanya Ari dan kita dibawa ke Sun Plaza. ada Sogo. Bukan nak membeli belah tapi saja nak cuci mata. Masuk saja ada show beberapa band. Papa dah terpaku kat sini. Masuk supermarket besar ni suasananya lain sangat dengan Yuki tadi. Rasa kita macam orang-orang kaya pulak. Ada Sogo ada sale tapi tak menarik hati mama la.... Tak lama dalam tu kita dah nak keluar. Terserempak dengan band Indonesia kalau tak silap mama Kafein band. Nama band tu pun kita tanya kat cewek-cewek kat luar tu yang kelihatannya sangat teruja bila nampak artis pujaan. Mama tak tau la lagu apa yang depa nyanyi. Sikit hari kalau depa dah famous kat Malaysia, mesti mama tau. Marah la peminat Kafein nanti tak kena artis depa.

Lepas tu kan....kita kesini...
Merdeka Walk. Papa dah google tempat-tempat yang harus kita pi dan tempat ni ada dalam list kita. Kita sendiri tak tau tempat ni macammana dan bila sampai kita kata....ooooo...macam ni tempatnya...

Ala, macam tempat makan-makan ja. Tapi excited jugak kita nak tengok tempatnya macammana kat dalam.


Mintak tolong ari snapkan gambar. Ok la tapi jauh sikit la...


Ada tempat makan dan booth gerai macam-macam kat tepi tu.



Ada jugak kedai game untuk anak-anak. Kayra nak main tapi kita tak ada masa la Kayra. Dapat bergambar kat tepi permainan ni pun dah kira ok kan ?




Lepas tu kita duduk sebab papa nak try masakan depa. Kayra pun sibuk nak order jugak.


Kan ?  Tak susah nak suruh kamu bergaya bergambar macam-macam. Dah besar dah Kayra....


Papa makan ABC, Kayra dengan aiskrim, mama plak jus mangga. Super sedap jus tu sebab rasanya depa blend je sebiji mangga dan letak ais. Memang pekat. hmmmm....sedap...


Papa order jugak spaggeti tapi rasa tak macam spaggeti yang kita makan selalu. Kuahnya rasa macam masak kicap mama je pun. Tapi sedaplah tapi tak ada rasa sos spaggeti yang biasa macam yang kita letak preego tu.


Lepas makan kita terus balik, Kayra dah tertidur. Berdukung dia mama bawak terus ke bilik.


Malam tu sebelum tidur, sempat lagi mama tulis poskad untuk di pos ke rumah kita. Mesti cuba ni tau...   :)  , mesti tersenyum-senyum bila dapat nanti...



Penatnya. Habis dulu cerita hari kedua. Esok 28 Oktober 2012 hari last percutian kita. Esok nak terbang balik dah...

No comments:

Post a Comment