Thursday, 8 November 2012

Petang hari pertama di Medan...

Lepas rehat sekejap di bilik. Mandi, siap-siap kita ready untuk jalan-jalan. jalan-jalan di Petang
Aidiladha. Ala, sama je pun kalau raya haji kat Malaysia. Kalau kat Taiping, suasana raya haji tu rasa sekejap je masa pagi. Lepas tu macam biasa je. Lain le kat Jeneri, itupun setakat sehari jugak. Meriah pun kalau ada korban saja. Tapi kalau Aidilfitri meriah la...
So, kali ni lain sikit sebab kita bercuti. Bukan kita tak menghayati tapi kita tersilap book tiket flight. :(
Berbalik kepada cerita kita lah.


Memang plan kita dari awal nak naik roda tiga ni kalau mai Medan. Dan hajat kita ditunaikan. Keluar saja dari hotel, bersusun roda tiga ni tunggu kat depan hotel. Yang ni bukan bajai ok, kat sini depa panggil roda tiga kalau. Kalau kat Thailand panggilnya tut tut. Tapi dulu masa kat Jakarta depa panggil Bajai. Nanti mama semak balik apa bezanya.



Singgah sekejap di Masjid Raya Medan. Bukan singgah di masjid beraya tapi nama masjid tu Masjid Raya. Baru lepas hujan. Air bertakung kat lantai depan. Tapi tak kisah la kan, yang kisahnya Kayra tu dok berlari-lari. Mama dah cakap jangan lari-lari nanti jatuh. Tak dengar cakap. jatuh jugak akhirnya. Mama baru je cakap " Tu la, kan mama dah cakap, nanti jatuh" terus air mata meleleh kat pipi. Sedih. Mama baru cakap, tak cubit lagi tu...



Dalam 5 minit kat situ kita gerak. Kenderaan kat jalanraya tak banyak sangat. Sebenarnya ada dua tiga tempat saja dalam list kita untuk pi melawat dan tengok-tengok. Yang lain-lain tu kalau sempat je la. lagipun kita tak ada rancangan nak ke parapat ke, Berastagi ke. Kita just nak duduk kat Pekan Medan tu saja pun. Maklumla. Percutian budget je.




Gambar-gambar kat atas ni kita snap masa kat atas roda tiga je. Kalau sempat je la ambik. Itupun banyak yang tak cantik sebab hentakan dan kedudukan tangan yang tak stabil. Kita nak pi Istana Maimoon ni.



Inilah dia Istana Maimoon. Istana bagi Kesultanan Deli. Nak masuk kena bayar tau. Rasanya kalau mama tak lupa la hari tu papa bagi sepuluh ribu rupiah. kalau tak silap. kalau silap maafkanlah mama ok.





kalau nak sewa baju tradisional kat dalam ni pun boleh jugak. Bayarannya dalam 150000 Rupiah. Tapi kita taklah nak bergambar dengan kostum tu semua. Bergambar sekitar dalam tu cukup la. Itupun dah jenuh.


Dalam setengah jam je kita kat dalam tu pun. Tak mau la lama-lama tengok rumah orang. Papa kata dia dah lapar. Kayra tak lapar lagi kan ?


Kita naik roda tiga lagi menuju ke kedai makan yang papa nak sangat pi tu. Tapi kan... kat sebelah tu kan... ada kedai kain. Masuk la sekejap. Cantiknya.... Kain batik. Lepas tu match kan dengan lace macam yang ditunjuk oleh tuanpunya kedai. Mama cakap kat dia, orang malaysia  jarang pakai lace tu. Kat Indonesia bolehla, depa pakai untuk kenduri kendara, kat Malaysia pengantin je pakai berlace bagai. Ada la jugak kalau nak pakai pi function ke dinner ke, tapi jarang sangat la.  Lalu, dia tunjuk mama sepasang batik tanpa kain lace siap dengan selendang bagai, sangat cantik di mata mama. Tapi tahan dulu. esok baru kita tengok nak beli macammana...

Kat sebelah tu je kedai makan yang papa nak pi tu. Dari Malaysia lagi dok sebut-sebut nak pi makan kat situ.

Hmmm... menu-menunya nampak menarik...


Dan, kamu berdua dah ready menunggu waiter Restoran Garuda.


Tapi mama tak, mama keluar sekejap snap gambar lauk-pauk.


Ha, ambik kau. Penuh satu meja. Tapi jangan tertipu, memang adat kedai nasi padang memang begini. Semua lauk-pauk dalam kedai tu akan diletak atas meja kita, kita makan yang kita nak saja dan yang tu saja yang kita akan bayar. Kalau tak makan jangan pandai-pandai usik, nanti kena bayar jugak. Bukan semua kita nak makan pun... Kayra cuma makan masak kuning ayam tu je. Mama makan ayam goreng dan papa ambik bergedel dan daging. Empat lauk je kita makan. Kalau ikan, mama surrender la, tak berapa nak diterima tekak.
Dah makan kita berjalan sikit kat depan kedai tu, tahan roda tiga dan kita gerak balik hotel.


Tapi kan... bila malam. Papa kita kan... order kat room servis pulak. Lapar katanya. Kayra dah tidur dah papa kita masih lapar lagi .  Tapi masih mengomel burger tu tak sedap. Tak macam kat Malaysia katanya . Hehehehe... apa nak buat.... kok namanya pun udah lain ' Burger Daging Sapi Cincang'


Esok kita ada agenda lain.  Rehat-rehat dulu malam ni sambil nak lelap mata sambil tengok tv. Terpampang cerita pembahagian daging korban.  Syukur di Malaysia nikmat melimpah ruah. Orang di sini berebut-rebut nakkan daging. Di Malaysia berlebih kadang-kadang. "Maka nikmat mana yang kamu dustakan"...

2 comments:

  1. Bestnyer...bila ler saya nak sampai medan pulak..

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete