Monday, 12 November 2012

Medan, pagi terakhir sebelum pulang....


Pagi terakhir ? Macam sedih je tajuk...pagi ni pagi terakhir kita di Medan sebab petang ni kita dah nak balik Penang dah. Petang ni pukul enam dan sudah tentunya pagi ni kita ada masa lagi kan ?  Ada masa lagi kalau nak tengok-tengok kawasan. Hehehe...

Good morning Kayra and this is a simple quote for you...


Sebuku roti


Dan secawan kopi


Dah makan kenyang. Kita gerak keluar. Sambil tunggu Ari kita bergambar dulu. Agaknya apa kat belakang Kayra dan papa tu ?  :)
Tu macam iklan ucapan selamat pengantin baru. banyak papan tu kat perkarangan hotel sebab ada wedding reseption kat Garudaplaza hari tu. Tulisan-tulisan tu dibuat dengan susunan bunga daripada kertas, disusun rapat-rapat.

Ari jugak yang bawak kita pagi tu. Mama nak beli setem untuk pos poskad yang mama beli semalam. Ini kat Kantor Pos Medan (pejabat pos)


Beratur untuk beli setem. Tapi sayangnya hari tu kaunter jualan setem tak buka. Mama tanya kat mana boleh beli ? Kata orang tu kita boleh beli kat kedai fotokopi. Mana nak cari kedai fotokopi ni ? Masa mama cakap mama nak beli setem lepas tu orang yang jaga kaunter tu tengok mama pelik lepas tu dia cakap orang putih dengan mama. Rupanya kat sana tak panggil setem tapi meterai. Ala, cakap je la kat sini kami tak panggil setem tapi meterai. hehehe... ( padahal mama pun tak pandai cakap orang putih...)


Best pulak Kayra bila kat kantor pos ni...


Lori ni la kot nanti poskad kita naik sebelum naik kapal terbang pulak ?


Tak apa, kita kan ada Abang Ari. abang Ari boleh bawak kita pi cari kedai yang jual setem.


Akhirnya, jumpa jugak kedai fotokopi yang dibuka di hujung minggu ni...


Ha...keranamu meterai tempel, sanggup kami bersusah payah meredah kota Medan hari ni...Lepas beli, tampal dan kita berpatah balik ke kantor pos untuk pos poskad tu. Hmmm...jadi kerja...


Ok, terbang ye poskad ke rumah Kayra..... Dua keping poskad di alamatkan kepada Nur Kayra Salsabila...


Ari, dengan roda tiganya bersama Kayra dan Papa...


Mama pulak.... Kata Ari anak dia pun ada yang sebaya Kayra. Dua orang anaknya...


We was here Medan 2012


Lepas dah sampai hotel. Mintak tolong Ari tangkapkan gambar. Belakang tu Ibunda Hotel. Depan kita GarudaPlaza Hotel.


Checkout pukul 2 dan pak supir dari hotel yang hantar kita ke airport. Polonia Airport Medan.


Shuttle services dan itu pak supirnya...


Pukul 2 checkout, nak tunggu pukul 6. Pukul enam waktu Indonesia ok. Lebih kurang pukul 7 kita. Kembung la perut minum ayaq. Ok, gambar ini di kedai pertama. Pada dua jam yang pertama. Dua jam kat sini...boring....


Ok, dua jam kedua kita disini.


Kat sini baru Kayra nak makan-makan. Ok. Puashati. Sedap dan ada aircond. Sebab kedai tertutup rasa selamat sikit, kalau tadi risau je takut pencopet (mama ni memang suka risau melampau...) Harap maklum. Tapi kita kena beringat jugak kan ?


Makan dua tiga ketul donut pun sampai berpuluh ribu...pengsan...ok, tak lawak... Rupiah dik bukan RM


Ok, lepak kat situ sebelum kita masuk dalam. Huh, doakan mama tabah nak buat entry medan lagi. ...
Jangan lupa tau, lepas ni entry terakhir cerita kita di Medan Indonesia...lap peluh lagi....

mama kamu...zzzzzz zzzz


3 comments:

  1. pak, menterai tempel 1, kena belajar ni kalau kalau sampai indon nanti senang nak sebut hahahah best tak kat sana...

    ReplyDelete
  2. :) Best Fara....Faraway...blog kamu lagi best...

    ReplyDelete