Tuesday, 30 October 2012

Meraikan Empat Tahun Kelahirannya...


23 Oktober 2012 hari jadi Kayra yang ke 4. 
Mama dah cakap hari tu kan...tahun ni Kayra tak ada birthday party kat rumah. Tahun ni Kayra bawak kek pergi school dan celebrate dengan kawan-kawan. Awal-awal lagi PapaMama dah prepare goodies untuk Kayra bagi kawan-kawan sorang satu, kek birthday pink colour (Kayra nak kek warna pink), dan bihun goreng. Pertama kali Kayra nak sambut birthday dengan kawan-kawan sebab tahun lepas kan kita buat makan-makan kat rumah. Tapi tahun ni takda la kek secret recipe, mama tempah kek kat kedai biasa saja. Tapi ok kek tu, sedap.

Goodies tu ada empat item makanan saja dalam tu termasuk lolipop. MamaPapa packing dalam lima puluh bungkus dan masuk dalam karung plastik siap-siap. Nanti lepas majlis barulah Kayra bagi kat kawan sorang satu.

Pagi tu birthday girl bergambar dulu dengan hadiah dari papa.Tak sabarnya nak bukak. Tapi kena tunggu petang lepas balik dari school ok...

Pagi tu mama hantar Kayra macam biasa pukul tujuh setengah. Pukul sembilan mamaPapa sampai bawak kek dan bihun. Goodies pun bawak jugak. Kayra terkejut tengok mama, ingat mama nak ambik Kayra ke ?

Sebelum ni Kayra tengok saja kawan-kawan yang lain sambut hari jadi kan ?  Tapi hari ni giliran Kayra pulak.

Hmmm...nampak sedap kan ?  Kayra request nak kek berwarna pink. Tapi tak dapat la kek princess. Kek  gambar epal denga ulat pun ok jugak kan Kayra ?

Semua orang pun macam tak sabar nak makan kek.

Bihun goreng pun ada. Mama dah siap pesankan takmau daging, takmau sayur. Cuma letak ayam dan fishball saja.

Tak sabarnya nak tiup lilin sampaikan masa Teacher Pratibha belum siap nyalakan lilin pun Kayra dah siap tiup. 

Semua kawan-kawan nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Kayra.

Dah tiup lilin, Kayra potong kek.

Wah !!!  Bestnya...

Kayra suapkan kek untuk mama

Suap papa pulak..

Teacher Pratibha potong kek untuk kawan-kawan kayra pulak...

Semua orang dah tak sabar nak makan..

Makan bihun dulu

Sebab hari ni birthday Kayra, Kayra duduk depan.

Makan bihun. Kayra panggil bihun ni mi. puas mama betulkan tapi tetap jugak dia nak sebut bihun tu mi.

Birthday present dari Teacher Pratibha. Princess gown. So lovely. Tq

Kayra dengan uncle. Kat depan muka pintu. Sedih sebab mamaPapa dah nak balik lepas majlis selesai.



Selamat Hari Jadi Nur Kayra Salsabila. MamaPapa sayang kamu sangat-sangat. Berjayalah kamu dunia akhirat ....muahhh....

6 comments:

  1. hepy belated besday kayra....:)

    ReplyDelete
  2. Happy belated besday kayra...untie akan sentiasa akan ingat besday kayra sebab sama besday ngan anak untie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Auntie Yan, wah...boleh sambut sama-sama ni...

      Delete