Tuesday, 6 November 2012

Farewell My Boss My Friend...


Akhirnya hari-hari terakhir Cik Faridah di ofis mama akan tiba juga. Cik Faridah, kamu bos dan kawan yang baik. Rasa tak best dan best pun ada dalam hati kami ( mama dan kawan-kawan) bila kamu dah nak pergi ni . Best sebab akhirnya si dara manis ini dan dapat apa yang diimpikannya aka kerja tetap aka kerja kerajaan. Dan yang tak bestnya dia akan tinggalkan kami (mama dan kawan-kawan).
Tapi dalam best tak best tu, mestilah ada acara makan-makan. Hehehe...part ni mama suka. Ada banyak kali gak kami (mama dan kawan-kawan) keluaq makan tapi takkan semua nak tunjuk. Cukupla ini saja. Kenapa letak dalam blog ?  Sebab mama nak simpan semua ni sebagai kenang-kenangan bila pencen nanti. Hehehe...tak sampai 30 tahun lagi dah, itupun kalau tak bersara awal...


Seoul garden JURU

Kenapa Seoul Garden ? Sebab cik Faridah kata makanan tak sedap masa dia pi makan dengan kakaknya. Mama cakap la mungkin makan dua orang tu yang jadi tak sedap. Jadi kali ni kami pi ramai-ramai. Mesti sedap. Ni ikut selera mama ka cik Faridah ni ?


Muka sembab dah. Macam nak gemuk balik ja ni ? Kawal makan kawal makan. Takpa, minggu depan mama puasa ok ?


Ikut seleraku memang la semua sedap. Makan tak ingat sapa dah. Nak pulak duduk sebelah Azian yang makan pun boleh tahan tu. (Azian makan badan tak naik , tapi mama....waaaa !!! )


Masing-masing tengah memulun. Sedap kan ?


Orang yang diraikan dah surrender awal nampaknya. Orang yang meraikan pulak yang nampak sangat berselera. Oii..hujan pun tau berenti oi (untuk diri sendiri jugak...) hehehe....


Sushi King

Yang ni hari terakhir dia. Mama ada kat site lepas tu dia call ajak makan. Takpa. No problem. Nak nak pulak time tu mesin piling pulak buat hal. Dah la esok raya haji, kerja-kerja tu kena siapkan jugak hari tu. Makan pun tak tenteram sebab risau la mama takut lewat siap petang tu.
Oleh kerana mama dari site Batu kawan, mama la sampai dulu kat Autocity. Dah pukul satu lebih dan jalan pun sesak makanya mama tapaukan je la kentaki kat mama dan Cik Faridah. Bila dia sampai, dia ajak mama makan sushi. Hmmm... mama bagi je la kfc tu kat dia dan dia pulak belanja mama sushi king. Lagi mahal nampaknya...

Well, first time datang sini...ok kita try kalau sedap boleh mai lagi. Papa mesti tak mau mai punya. Silang pangkah dari awal lagi sebab papa tak makan sushi. Tapi nasi pun ada apa ...?


Muka dah legam sebab separuh hari duduk tengah panas jaga piling. Konon tengok menu nak order la tapi mama tak tau la rasa dia macammana...


Sushi-sushi yang 'bergerak sendiri' mai kat kita pun merambangkan mataku. Kabur mata sekejap. Sekabur gambar ini...


Buku menu first sushi in town ni. Semua nampak sedap. Mama tak suka salmon, tak suka wasabi, makan ja sushi yang simple dan mudah...


Hmmm...jejaka ini pun ada join.


Masa nak balik ternampak lori ni. Cantiknya. Kena tangkap gambar ni....


Gambar silap susunan. Tak apa lah. hantam sajalah labu. Pinggan kosong. Mama makan sushi tiga ketul, lemonade dan curi sikit nasi cik faridah. Kenyang. Makan sushi tu pun dah kenyang dah. Tak payah banyak-banyak. Tako pun nampak menarik jugak. Tapi tak apalah, lain kali pulak.


So, Cik faridah. Terima kasih untuk masa-masa yang kita lalui di sini selama ni. Tiga tahun jugak kan...?  Terima kasih atas persahabatan ini....



3 comments:

Siti Hajar said...

sapakah jejaka berbaju belang tersebut hehe :)

syarida said...

Ha, orang lain la pulak, kalau tak tu...asyik-asyik Nuzair, asyik-asyik Nuzair....hehehe...kecik ati Nuzair kang...

chinta safia said...

Dah gemuxs sikit la ..lelaki berbaju belang tu..

Post a Comment