Tuesday, 6 December 2011

Dua Hari Mencari Pinggan

Tajuk nak dekat sama dengan filem 30 hari mencari cinta. Tapi mama nak cari pinggan plak kali ni. Selama 3 tahun berturut-turut sejak mama kat sini memang dah jadi acara tahunan mama beli membeli pinggan. Kilang Miyoa Toki tu buat sales. Katanya dulu buat 3 kali setahun, sekarang dah 4 kali pulak.
Last jumaat mama pi dengan kawan-kawan, pastu ahad mama pi lagi dengan Kayra dengan papa. Hari ahad tu mak anjang pun nak join sekali. Kayra mama tinggalkan dengan papa kat depan main-main dengan najla manakala mama dengan mak anjang masuk plih pinggan. Mana boleh ikut, nanti susah mama nak memilih.  Kali ni mama tak la over sangat membeli. Tapi banyak jugak mama beli sebab ummi pesan mintak mama tolong belikan untuk dia. Mama apa lagi, memang mama minat pun pinggan mangkuk ni.
Nak cerita pasal suasana, memang la meriah dengan pecinta-pecinta pinggan. Penuh dengan adegan mengelap peluh sebab memang panas kat situ. Bersesak sesak memilih pinggan dan mangkuk apatah lagi time nak bayar. Berebut nak cepat-cepat bayar. Pekerja-pekerja tu ada jugak minta untuk berbaris masa membayar. Tapi 'ada aku kisah', mana ada yang dengar sebab ramai-ramai macam tu.
Mama tak tau la nak cakap apa, tapi mama memang minat dengan peralatan dapur. Tapi mama berpada-pada jugak dengan apa yang mama beli sebab kita tak ada space yang besar kat dapur kita untuk simpan perkakas yang banyak. Tapi, apa yang mama beli semua mama guna tau. Mama suka bila menghidang, semua tersusun cantik atas meja makan kita.
Lepas ni mama nak kumpul koleksi yang first grade pulak.

Puan mama tengah buat quality check untuk barang-barang yang ingin dibeli.

Cuba cakap siapa yang tak geram tengok pinggan yang tersusun begini ?

Setiap barang yang nak dibeli mesti pilih dengan teliti. Jangan ada retak, jangan ada bentuk yang kurang sempurna.

Yang ni permandangan hari jumaat, tak ramai sangat orang.

Lepas beli semua, ambik resit lepas tu pi collect pulak free gift. RM 20 untuk satu pinggan seramik.

 Hari ahad, mak anjang join membeli. Yang ni kat bahagian second grade. Kat sini lagi mama 'gila' menengoknya.

Pilih mak anjang pilih. Lepas tu kami pi bahagian first grade plak. Kat situ pun mak anjang beli banyak jugak.

3 comments:

Siti Hajar said...

Syabas kak ida... alah membeli menang memakai hehe

Huzaina Hashim said...

amboi sakannya membuat koleki pinggan mangkuk...hehehe:-)

Anonymous said...

kat mane kilang ni..beshhhh

Post a Comment