Wednesday, 28 December 2011

Makan Kenduri Bersama Wan dan Tok

Kita Pergi Pada 24/12/2011

Kita balik kampung mama sebab dah lama rasanya kita tak balik kampung. Last kita balik masa raya haji hari tu. Masa balik dari Krabi, semua orang balik rumah tok tapi kita tak balik pun. Jadi baru-baru ni kita pun balik lah. Kebetulan pulak ada kenduri, makin seronok lagi bila mak anjang pun balik sama. Gamat rumah kita rasa.
Kenduri tu buat kat rumah family paksu, kenduri kawin adik paksu. Kita bertolak dua kereta. Kereta wan dan kereta kita. Mak lang pun join kita sekali.
Kita sampai awal kat rumah kenduri. Pukul 12 dah sampai. Masa tu orang tak ramai lagi. Wah, berselera betul dapat makan gulai batang pisang. kayra pun mama bagi izin  suap  makan sendiri. Tak pedas pulak nampaknya. Ada makanan sampingan lain seperti 'serawa labu' dan rojak buah.
Kita tak lama kat situ. Sebab jemputan dah makin ramai. Lagipun, mama takut kayra panjat pintu gerbang berbunga pengantin sebab mama tengok kayra macam berminat sangat. Lepas paksu dan maksu join kita tak lama lepas tu, kitapun bertolak balik. Kita tak lupa bersalam dengan mak pengantin dan hasilnya, berbeg-beg goodies kita dapat.










1 comment: