Thursday, 15 December 2011

Day 2- Pada pagi itu....

Pagi tu kan kita bangun awal pagi-pagi. Kita makan kat dekat-dekat hotel je. makan kat satu kedai tu. Mahalnya mak ai. Roti canai saja sekeping dah 40 bath, kira-kira dalam RM 4 kiraan duit Malaysia. Ada nasi dan lauk panas-panas tapi mak ai pedasnya. Terpaksalah order jugak roti canai cekik darah tu sekeping untuk cik Kayra makan. Lambat jugak nak tunggu roti canai tu. Suspen jugak macammana la agaknya rupa roti canai siam kan ?? Sampai je roti canai tu, alamak, ni roti canai ke roti Bom ??? Tapi anak mama bedal je. Makan je la nak, tu je la rezeki kamu pagi ni...
Tu belum cerita pasal teh o ais yang sangat-sangat manisnya... Boleh kena kencing manis kalau selalu. Rasanya air gula saja dah setengah gelas. Nak komunikasi dengan tuan kedai pun susah, nak cakap Melayu pun tak boleh apatah lagi English.
Semua orang makan tanpa banyak cakap, makan kena cepat-cepat. nanti lambat pulak kang...

Kita jumpa makhluk ni kat depan kedai makan tu. Mula-mula segan jugak nak tegur. Tapi last-last, tegur la jugak. Tapi lupa nak tanya nama la. Last week baru mama tengok dalam satu blog tu ada gambar kereta ada eyelashes macam ni la jugak kat UK. Tapi kita jumpa kat sini kan Kayra..

Dalam segan-segan tu, dapat jugak kita bergambar dengan 'dia' kan Kayra. Kayra kata 'Ala Tome-tomei'. Cantik, kulit kuning langsat, mata bulat, bulu mata lentik pulak tu... Awek Siam ni.
Suasana pagi yang dah tak berapa nak pagi di satu pekan siam. Kat sini jalan memang elok compare to Malaysia. Susah sangat nak jumpa lopak-lopak. Kalau lepas hujan, tak nampak pun lopak air. Bila kita atas kereta yang bergerak rasa selesa je, tak macam sesetengah tempat di Malaysia, kadang-kadang rasa macam naik kuda pun ada.
Kita dah sampai di satu jeti, nak naik bot. Bergambar dulu. Yang berdua ni anak buah mama. Ainna dan kak Long. Anak kepada kakak sulung mama. Kak Long ni merangkap babysitter Kayra pada trip kita kali ni, semua nak kak long buatkan. Nak duduk sebelah kak long je dalam van. Mama kamu rilex je..
Paksu Kayra merangkap adik ipar bongsu mama. Kita semua kena pakai sunglases sebab panas terik. Nanti mata kita tak dapat menahan cahaya matahari yang panas membahang itu. Maka, beli lah cermin mata hitam. Pastikan ada solarize. Kami beli sunglases di Jusco, anda di mana ?
Maksu pun nak jugak bergambar. Seorang bersunglases beli di Jusco, dan seorang lagi beli ni night market Batu Feringghi lepas tawar menawar dapat lah satu.

Jeti tadi tak ada bot yang boleh muat kita semua. Kita naik van lagi lepas tu turun kat jeti lagi satu. Kayra dah tunjuk kat Fikri macam-macam. Sana lah, sini lah.

Orang takmau ikut mulalah nak merajuk. Fikri dan Wazir panggil-panggil pun dia buat tak tau ja.

Semua orang pakai jaket keselamatan. Kalau tak pakai takleh naik bot. Undang-undang laut kata, naik bot je kena pakai jaket. Sedangkan kat Beris pun kena pakai kan, ini kan pula laut terbentang.
Entah apa yang tertulis kat belakang jaket hijau pak anjang ni, kita main pakai je. Takkan la maksud dia  'man for sale' ye dak ?? Hehehehe...

Ok, dua orang ni dah ready.Budak-budak kecik jaket oren, budak-budak besar jaket hijau macam kat belakang tu. Papa tu macam tak muat ja, sila tukar ke saiz XL papa.

Tersangatlah alam semulajadinya jeti ini. Dalam hutan bakau. Kayra tu asyik melompat je. Paksu dok asyik bercerita padahal dia pun tak tau apa-apa, wazir dengan fikri tu dengar je la, nak tegur pun orang tua. Pasrah je la...

Kita dah naik bot. Kayra kena duduk tempat panas sebab mama dengan papa nak duduk tempat teduh. Tu la sapa suruh naik lambat. Tak boleh mintak ubah-ubah tempat sebab tak boleh melawan cakap orang tua. Pasrah jugak..

Ok, kita teruskan perjalanan kita. Semua orang asyik sangat tengok keliling.Mak anjang tu tangkap gambar jadi ke tidak. Lupa plak, mak anjang kata sunglases dia tu baru beli jugak. Nanti kita tanya dia beli kat mana. Mak su kita dah tau beli kat Batu Feringghi.

 Cantiknya laut , birunya langit, nyamannya angin. Nanti cerita lagi. Tak boleh cerita semua dalam satu post, sebab banyak sangat. Nanti terlepas pulak cerita lain yang best-best.

No comments:

Post a Comment