Saturday, 17 December 2011

Day 2 - Santapan Beradap Di Atas Air

Lepas hopping island kita semua berasa sangat lapar. Kita makan kat ko Panyee. Ko tu pulau kalau dalam bahasa Thai. Ko Panyee tu sebenarnya lebih dekat dengan Phang Nga Bay berbanding Pulau James Bond. Dengan modal lebih kurang 200 bath, kita mengikuti pakej makan tengahhari di restoran terapung yang sangat 'walla' sedapnya.
Menurut cerita yang mama dengar, panyee asal daripada perkataan Melayu 'panji'. Tempat ni asalnya dulu adalah wilayah milik tanah melayu. Tapi sekarang dah jadi milik siam. Penduduk Pulau ni 100% muslim. Mereka bekerja sebagai nelayan, meniaga cenderamata, berniaga makanan, pemandu bot pelancong dan lain-lain kerja yang berkaitan dengan perlancongan.
Kita lapar dan kita makan. Tapi anak mama, tak mau makan plak. Lagipun makanannya kebanyakan pedas. Biasalah kat sini, mana boleh tinggal tomyam dan lain-lain makanan pedas. Lagipun itulah saja makanan yang ada dalam pakej kita hari tu. Nasib baik mama bawak roti, maka Kayra makan roti je la.
 Lepas makan, mama temankan mak anjang beli rantai mutiara. Asalnya nak temankan saja, tapi berakhir dengan mama dan maksu pun turut membeli. 30 minit masa yang diberikan untuk membeli, mana sempat. Kita berhenti menawar harga bila dah berkali-kali dipanggil. Terpaksalah kita berenti membeli ataupun kita sanggup berenang balik....
Hmmm...masa sangat mencemburui kita... 













No comments:

Post a Comment