Akhirnya kita sampai juga di Krabi setelah menempuhi perjalanan berbatu batu. Bayangkan kita di Padang Besar Pukul sepuluh pagi pukul 5.30 ptg baru sampai. Bila sampai perut dah lapar balik.Sampainya kat Hotel, hajat hati nak siap-siap nak turun cari kedai makan la dengan papa dan kayra sebelum keluar makan malam tu ramai-ramai. Sekali tu telefon bunyi, pak anjang bagitau semua orang dah tunggu kami nak pi makan. So, bersiap cepat-cepat dan turun join depa.
Malam tu kita makan kat Aung Nang. Tak sempat nak snap gambar sebab lapar sangat. Bila dah habis makan baru teringat nak snap gambar. Makanan kat sini memang kena la dengan selera sebab kita memang dah biasa makan tomyam dan lain-lain lauk thai.
Lepas makan kita diajak jalan-jalan kat kedai-kedai depan pantai. Sekali tengok suasana macam kat Pantai Chenang je. Awal-awal lagi tourist guide pesan, kat sini mahal sikit, better kalau tak membeli. Kita memang tak ada niat nak membeli pun, tapi mama sempat jugak sambar satu beg, satu adaptor. Oh ya, mama beli adator untk charge handphone dan kamera sebab kat sini, plug nya lain sikit daripada kita. Semua pakai 2 pin plug je. Kat Indonesia lain, kat Thailand lain, jadi mama beli adaptor yang boleh guna untuk kedua-dua negara. Mana nak tau, ada rezeki kita sampai ke Indonesia pulak. Mama dan papa dah sampai, kalau ada rezeki dapat lah juga kayra terbang kesana.
Rugi sangat bila kita cuma dapat tengok pantai Krabi malam-malam macam ni. Kalau siang mesti cantik sangat.
Papa dahaga dan beli satu tin coke harganya 14 bath, harganya lebih kurang sama dengan Malaysia tapi bezanya, tin tu kecik sikit.
Balik hotel papa kata tak puas lagi makan dan ajak mama dan kayra berjalan tengok suasana dan cari tempat makan lagi. Jalan punya jalan, kita jumpa gerai-gerai di tepi sungai. Kat situlah papa dan mama makan tomyam yang super sedap.
Kayra merengek nak tidur dan terpaksalah kita balik bilik hotel awal. Sebelum balik, mama bergambar depan replika cantik tu. Binaannya macam aluminium. Ok lah, kita balik rehat dan tidur sebab esok, kita ada aktiviti yang lagi Best.

No comments:
Post a Comment