Thursday, 8 December 2011

Tuala Buat Menyapu Si Air Mata....

Ada orang cakap, banyak sangat ke duit selalu pi jalan sana, pi jalan sini ? Selalu beli itu selalu beli ini ? Hmmm... kami bukan berjalan selalu pun, membeli pun jarang-jarang. Baru-baru ni beli pinggan pun banyak yang kakak mintak tolong belikan. Sampai sakit bahu angkat pinggan yang berat-berat tu. Ni nak kena mintak upah jugak ni nampaknya. Bagi yang bertanya, kilang pinggan tu buat sales dalan 3 hingga empat kali setahun. Ada flyer yang akan terbang ke rumah kita bila depa nak buat sales. Kilang tu namanya Miyoa Toki kat Kulim Kedah. Ada tiga kategori pinggan-pinggan yang dijual, first grade, second grade dan third grade. Kalau ada masa pergilah, cantik tapi kena pandai pilih kalau nak beli yang gred 3 tu. Bagi peminat milk Glass, atau peralatan pinggan mangkuk berwarna putih, mesti gila punyalah membeli. Kena pi sendiri, baru tau 'kegilaannya'. Bukan menghasut tapi ini reality. Baru-baru ni banyak koleksi untuk krismas, kita yang tak sambut krismas ni pun rasa seronok jugak. Memangla makanan tak akan jadi sedap kalau hidang kat pinggan lawa-lawa. Tapi seronok jugak hati kalau tengok makanan terhidang cantik kan ??
Cerita pasal travel pulak. Kami suami isteri ada hobi melancong, tapi duit pulak kurang. So, sebelum planning kemana-mana tu, kami mengumpul modal jugak lah. Maklumlah kalau golongan 'marhain' ni. Selalunya tiket beli awal-awal. Surf internet kemana nak pi. Cari hotel yang ada offer menarik. Kami tak tinggal kat hotel mahal-mahal, cukup lah sekadar nak lelap mata kan ? Yang penting melancong tu...
Cerita panjang plak. Ni kali ni nak habaq pasai kilang 'tola' pulak. Kali ni pi waktu hujung-hujung sales nak habis. Tuala pun dah tak banyak. Tahun lepas pergi masa hari pertama, banyak betul. Terkejut mak nak... Ada berjenis-jenis, facial towel, pool towel dan macam-macam lah. Ada towel yang reject, ada towel yang customer terlebih order ada yang masih berbalut plastik lagi. Dari sekecil-kecil tuala, sampai yang besar boleh dibuat selimut. Kali ni pun tak beli untuk diri sendiri, beli untuk kakak. Tengok tu, nak beli untuk orang pun boleh tumpang seronok.
Huh, kalau cerita bab membeli dan jualan kilang memang tak larat la. Itu belum lagi kilang kasut pallas buat sales. Dah la, dah la.

Kita tengah packing lagi ni, nak pi makan tomyam dan berjemur kat tepi pantai....






3 comments:

  1. pilih jgn pilih....bestnya dok kat SPS...merinduinya saat bersama Kak Era, Ida, Hajar dan mahani....hehehhee...terutamanya time bershopping...

    ReplyDelete
  2. kalau aku ada kat sana pun aku nak pi..... perghhhh seronok kan!!!!!

    ReplyDelete
  3. wow meriah !!! daku tunggu thn depan pnya sale hehe...

    ReplyDelete