Wednesday, 28 December 2011

Gadis Desa Pulang Ke Ibu Kota

Kita pergi pada  25/12/2011

Hari tu wan ajak kita makan kenduri lagi kat Lenggong. Lepas tu wan suruh kita hantar kakak ainna kat stesen keretapi ke Kuala Lumpur. Kakak Ainna ni anak kakak mama yang sulung. Hari tu lepas balik dari Krabi, kakak Ainna tinggal kat kampung dengak tok dan wan sebab sekarang ni dia free tunggu result SPM je.
Mula-mula wan ajak kita hantar kakak Ainna ke KL tapi mama rasa tak larat la, hari selasa dah kerja, takkan nak hantar lepas tu balik kot. Kalau nak naik bas, leceh. Lebih baik naik tren. So, bila Papa kata kita hantar kakak Ainna kat stesen keretapi, kayra rasa happy la sebab kayra kan suka choo choo train.
Kita bertolak dari rumah tok pagi tu dalam pukul 9.30, pukul 12 kita dah sampai rumah kenduri. Makan nasi minyak. Lepas makan kita salam-salam dengan semua orang dan kitapun gerak ke Ipoh. Kita target sampai di sana sebelum pukul 230. Kalu diikutkan, sempat lagi kalau nak ambik tren pukul 2 tapi mama takmau la terlalu rush jadi kakak Ainna naik je tren pukul 3. Sampai kat stesen, beli tiket dan kita sempat lagi duduk-duduk minum, sembang-sembang dan lambai-lambai kat tren pukul 2.
Bila tren kakak Ainna sampai, kita turut naik dalam tren tu hantar kakak ainna. Sangat cantik dalam tu buatkan papaMama teringin lah pulak nak naik tren lepas ni.
Lepas tu kita turun, lambai-lambai kat kakak Ainna dan kat luar kita pergi ke bahagian depan untuk tengok kepala keretapi. Hehehe...macam-macam la mama kayra ni cerita.
 Bunyi siren menandakan keretapi akan bergerak tapi bunyi yang kuat buatkan kayra terkejut. Hehehe...

so, that's how the story ends...


Stesen keretapi Ipoh yang sangat gah. Bangunan warisan ni, so jangan sesapa berani nak robohkan. Kalau tak silap mama, bangunan ni ada sejak zaman kolonial lagi. Kalau salah, harap maafkan mama.

Nampak tu, bertetapan tak dengan tajuk. Sangat lah gadis desanya Kakak Ainna dengan baju kurung. Sweet je bila tengok anak dara pakai baju kurung kan ??

Hotel Majestic Station Ipoh ni share bangunan dengan stesen keretapi, sangat nostalgia dan klasik.

Cewah... anak dara mama dengan gaya yang tak boleh tahan.

Kakak Ainna tengah bercakap telefon dengan mama dia, pastu call wan pulak. Anak mama tengah tengok mama yang tak habis-habis tangkap gambar.

Ok, keretapi dah sampai. Kita naik sekali hantar kakak. Salam kakak dulu. Baik-baik ye kakak Ainna. Nanti datang rumah Kayra pulak.


Mama kayra tengah betulkan kedudukan beg kakak Ainna.Tempoh perjalanan dalam 2 jam setengah. So, kena relax-rilex bila duduk dalam tu. Kat dalam tu semua serba baru. Nampak sangat selesa.

Kita dah turun dari tren (bukan sebab dihalau ). Sebab tren akan bergerak bila-bila masa je dari sekarang. Nampak tu, ada orang nak bergambar dengan kita jugak...

Nampak Kakak Ainna dari luar tingkap tren. Kayra lambai-lambai kakak Ainna dari luar.  Dah besar anak buah mama ni. Nanti besar Kayra pun kena pandai macam kakak Ainna tau. InsyaAllah...

Persekitaran sangat selesa, semua masih baru. harap-harap tahap kebersihan dan kemudahan akan dijaga sampai bila-bila walaupun stesen ini nanti berusia 100 tahun lebih...

Papa kata keretapi ni, keretapi elektrik dan ianya adalah keretapi laju. Papa kata, nanti papa nak bawak kita naik keretapi ni. Nanti dekat-dekat rumah kita pun akan ada stesen keretapi yang baru jugak.

Bye Bye Choo Choo Tren, nanti Kayra datang lagi. Bye Bye kakak ainna....

3 comments:

  1. anak menakan kak ida sambung blajar kat KL ka

    ReplyDelete
  2. tak la, dia memang duduk sana. Lepak kat kampung 2 minggu lepas balik krabi hari tu.

    ReplyDelete
  3. wahh gadis desa. hehe. mmg cantik stesen ni la. tq ya mak dak :D

    ReplyDelete