Tuesday, 27 December 2011

Jambatan Kedua Pulau Mutiara

Lawatan pada 19/12/2011

Jambatan kedua ni dibina dalam daerah yang sama dengan mama bekerja tapi baru sekarang dapat peluang untuk tengok tapak.
Pada hari itu, mula-mula mama dan kawan-kawan diberi penerangan di dalam pejabat tapak dan kemudiaannya baru lah dibawa naik bot untuk tengok jambatan yang masih dalam pembinaan tu. Masa tu, ada group dari JKR Kuala Kangsar pun join jugak lawatan hari tu. Laju betul bot tu, basah muka mama dengan air laut yang terpercik. Tapi best, teringat bot kat Krabi dan bot laju yang mama naik dengan papa masa mama pregnantkan Kayra 6 bulan 3 tahun lepas. Hehehe.
Kami disediakan 3 biji bot. Rombongan pejabat mama seramai 10 orang muat untuk sebuah bot dan 2 bot lagi untuk rombongan JKR Kuala Kangsar. Setiap bot disediakan seorang staff jambatan untuk memberi penerangan dan menjawab apa-apa soalan yang berkaitan. Jadi, apa-apa yang menjadi persoalan kami tanya saja dan 'dia' akan menjawab on the spot.
Projek Jambatan Kedua ni memulakan pembinaan pada 8 november 2008 dan dijangka siap pada 8 November 2013 dimana ia dijangkakan mengambil masa 62 bulan tempoh pembinaan dan projek ini adalah milik Lembaga Lebuhraya Malaysia. Projek ini dipecahkan mengikut pakej dimana setiap pakej mempunyai kontraktor tersendiri.
Jambatan ini akan mengandungi  laluan dua arah dan setiap satu petak adalah mengandungi 2 laluan kenderaan dan setiap satu arah terdapat laluan motosikal berasingan yang terpisah. Rekabentuk laluan tersebut adalah berbetulan dengan JKR U5 standard. 
Jambatan ini akan dihubungkan dari Batu Maung Interchange di Bayan Lepas Expressway, Batu Kawan Cloverleaf Interchange di PDC Road dan Batu Kawan Interchange di Lebuhraya UtaraSelatan( kM 154.7).











































1 comment:

  1. penutup gambar adalah gambar makanan hehe
    i like !! :)

    ReplyDelete