Monday, 12 December 2011

Day 1 - Sempadan Antara Dua Negara...

Kita nak bercuti kali ni ramai-ramai dengan adik beradik sebelah mama. Kakak mama, mak long dan mak anjang dan adik mama, mak su sekeluarga. Kita pergi ramai-ramai sebab meraikan sempena cuti sekolah, sempena Waa'iz yang dapat result kira ok la jugak, sempena dengan Ainna yang dah habis exam spm, sempena mama yang nak shopping hujung tahun beli barang siam dan lain-lain lagi.
Kita nak berjalan jauh, nak pergi Krabi, nak pergi Phuket dan paling penting kemuncak segala acara, nak singgah Hatyai nak shopping. First time nak berjalan ramai-ramai. Tok dan Wan tak ikut sebab tok tak sihat, mak lang tak ikut sebab pak Lang kerja, ummi dengan abah lak baru je balik dari bercuti jugak dari sana, pakcik biasa la, negara aman pun dia takleh bercuti.
Kita berjanji jumpa kat Imegresen Padang Besar pukul 8 tapi ummi paksa-paksa jugak singgah makan pagi kat rumah dia, last-last pukul sepuluh la jugak kita bertolak. Kita settlekan urusan kat imegresen dan dua buah van dah selamat mendarat nak bawak kita sepanjang perjalanan. 
Ok, Happy Holiday everybody.

Muka seronok ja nak berjalan. Hangpa tak tau ka kita dah lambat ? Pukul berapa nak sampai Krabi ni ? Hangpa semua tau ka ada 5, 6 jam perjalanan nak ke Krabi ?

Isi borang dulu, kat sini pun dah ambik masa dalam setengah jam. Lepas tu pergi kaunter imigresen Malaysia Padang Besar untuk cop dan declare nak keluar dari Malaysia.

Van ni la yang kita nakl naik. Kita akan naik 2 buah van sebab ahli rombongan kita 18 orang termasuk Kayra dan Najla.

Ini lah dua buah van tu. Kayra, papa dan mama akan naik satu van dengan family maklong. yang baju hitam tu pilot kita, namanya Muslim tapi tak tau cakap Melayu dan English lansung. nasib baik Pak Long boleh cakap Siam sikit-sikit.

Wah ! Best betul dalam van ni. Besarnya.... Kita terpaksa berpisah denan papa, sebab papa duduk depan sebelah pemandu. Huhuhu....

First time Kayra naik van jalan jauh ye... Kira ok la Kayra kan...??

Kita singgah kat Imigresen Thailand pulak untuk declare masuk Thailand pulak. Kat situ kena tunjuk muka sorang-sorang, kamera akan rakam gambar kita.

Lama jugak urusan kat sini. Ye la, sorang-sorang kena tunjuk muka dan pegawai yang bertugas akan taip nama kita sorang-sorang.

p/s : Kat sini buat urusan, imigresen Thailand mintak duit kopi. Terang-terang, takda selindung-selindung. Huh....

2 comments:

Huzaina Hashim said...

amboi jauhnya bercuti...apa-apa pun selamat bercuti dan enjoy...:-)

Syarida said...

Orang dah balik dah la kak ina. Ada beli nenas Thailand yang sedap ni Kak ian, kalau nak rasa mai la sini...hehehe...rindu kamu.

Post a Comment