Apa nak cerita ya ??
Takda apa cuma aku rasa seronok kalau tiba hari jumaat, bukan minggu ni ja, tapi tiap-tiap minggu dan sebelum sebelum ni pun. Mungkin sebab esok cuti, dan takyah pikir nak bangun pagi2 kelam kabut nak datang kerja sekurang kurangnya untuk 2 hari saja esok dan lusa..
Esok rasanya tak balik kampung, mak dah sihat sikit, lagipun abang ada kelas lagi. Dah dekat nak exam tu..
Esok nak mengemas rumah, kilatkan apa yang patut. Nak bagi kayra main-main air kat balkoni sambil2 aku belek2 pokok orkid. dah lama tak belai-belai orkid tu.
Masak ?? Esok nak masak apa ya ?? tak terfikir lagi. Dah lama tak buat nasi ayam. Tapi dok fikir2, baru ja berjanji dengan diri sendiri nak kurangkan menu ayam kat rumah ni. Nanti kayra kenal ayam ja, ikan tak makan.
kalau abang ajak pi mana-mana ahad ni, takyah la masak hari ahad....
Tapi mmg best la kalau weekend ni...
Nak rehat-rehatkan badan, layan cerita korea kat astro...
2 comments:
Da, aku pun suka Jumaat aku sebab nak cuti, aku memang SUKA dengan CUTI. Kan best kalau 3 hari kerja 4 hari cuti hahaha...
Hahaha....sama macam yang aku fikirkan....
Post a Comment