Monday 11 April 2011

Isnin aku datang...

Monday blues...
Bangun pagi, rumah selerak. Tak sempat nak kemas sebab semalam penat sangat. Takpa, rehat tengahhari jap gi balik kemas, lipat baju n masak kalau sempat. Bilik  tidur tu yang selerak sangat. malam kayra tidur lambat gak, penuh bilik ngan 'perkakas memasak'.

Semalam ambik pokok ceku kat mak mertua, pastu ada benih ulam raja dengan pokok kesum lagi. Ntah bila nak tanam tu. pokok kunyit, halia kat depan tu tengah  menjadi. Pokok kari dalam pasu pun ok la.. kalau dan, petang ni tanam. Rumah takda tanah, so pakai pasu je la....

Nak masak apa?? ada kepala ikan merah sederhana besar kat dalam fridge, cadang nak buat gulai. Skrg dah pandai makan gulai gulai ni. kalau dulu asyik sambal sambal sambal je.
Awal lagi nak fikir pasal makan malam, tapi kerja memasak akan bermula tengahhari ni...
 

1 comment:

Syarida said...

pokok cekur, sorry....

Post a Comment