Wednesday, 6 April 2011

Hari ini hari Rabu...

Sedar tak sedar hari ni hari rabu. rasa macam baru ja aku bangun tidur  pagi isnin pastu mai kerja. Ni dah hai rabu. Cepatnya masa berlalu. Masa sampai ofis tadi ada la kerja sikit. Fax surat je pun... pastu rileks.

Tiba-tiba rasa macam nak cuti. Pi la jumpa kak midah tanya pasal cuti. rupa-rupanya aku ada 23 hari lagi. Congak2, cuti raya nak pakai 5 hari, melancong 4 hari, cuti nak bawak pi tahun depan 10 hari, ada la 4 hari lagi balance. last2... tak jadi cuti...

Gunalah sabtu ahad ni untuk mengemas rumah seadanya...rasa rimas plak rumah bersepah. Tak la sepah sgt sebenarnya, cuma barang-barang yang tak tersusun sangat. Barang mainan kayra tu banyak sangat...

banyak sangat rancangan...penat otak memikir...penat badan menanggung....





Selalu ada rencana indah untukmu
Walau seringkali kau melupakanNya
Selalu ada rencana indah bagimu
Jika kau terus meminta padaNya

No comments:

Post a Comment