Monday, 26 November 2012

Kayra sudah berambut pendek.....


Dua tiga hari lepas konsert baru Kayra dapat hadiah Kayra. Mama letak kat display cabinet ruang tamu kita dulu sebelum jumpa tempat yang sesuai untuk letak barang Kayra ok. Mama takmau la letak kat katil bilik Kayra tu sebab takut jatuh dan kalau 'open air' macam tu takut rosak pulak. Buat masa ni, biar la kat situ dulu. Ala, tempatnya tersorok jugak dan orang bukan nampak sangat kecuali la intai betul-betul almari kita. 


Tahun lepas Kayra dapat satu. Rasa mama Kayra dapat fast learner kan ? Mama pun dah lupa. Masa tu kayra kat kelas kindergarden kan ? Kayra baru saja masuk Garduan Q masa tu dua bulan dan masa konsert tu Kayra dah dapat fast learner. Happy mama dan papa masa tu. Tahun ni pulak dapat dua masa kat foundation class, mamaPapa double happy nya...


Dua tiga hari lepas konsert mama bawak Kayra pi barber dan potong rambut. Ramai yang tegur mama sebab potong pendek sangat rambut Kayra. Tak apa tak lama lagi panjang la rambut tu. Sebenarnya mama pun rasa menyesal jugak sebab 'cantas' rambut Kayra sebegini pendek dan Kayra sendiri pun rasa sangat tidak happy. Tapi tak apa, lepas ni dah panjang sikit mesti cantik. Mama mintak maaf ya sebab mintak auntie tu potong rambut Kayra dan terpendek sikit, kesian anak mama.


Boyish sikit tapi tak apa lah kan ? Gambar ni mama ambil kat PMC (Penang Medical Centre)  Perda. Last appoinment Kayra untuk suntikan kat TMC(Taiping Medical Centre) kita tak pi. So hari tu kita pi la PMC untuk tanya doktor apa suntikan yang Kayra perlu lagi tapi Doktor Zaidi (Paed kat situ) cakap Kayra tak payah lah buat suntikan apa-apa lagi sebab semua suntikan wajib Kayra dah buat. So hari tu tak ada lah Kayra kena cucuk. :)


Dan dua tiga hari lepas tu jugak Kayra dapat report card ( macam dah sekolah pulak anak mama ). Togel je kulit depan. Mama lekat gambar dan balut dengan plastik. hehehe....(mama kau memang suka kerja-kerja macam ni..)


:)  dan mama pun suka jugak bila baca apa yang cikgu Kayra tulis dalam ni. Harapan mama, biarlah selalu macam ni ok....




Kerana kamu anak mama yang mama sayangi....

Thursday, 22 November 2012

Konsert Graduan Q Preschool 2012



4 November 2012 adalah hari yang mamaPapa nantikan dan sudah tentunya Kayra. Hari tu adalah hari konsert Kayra untuk tahun ni. Masa sembang dengan teacher Pratibha hari tu katanya dia buat preparation untuk konsert ni agak lama jugak dan kayra dengan kawan-kawan dah mula start berlatih sejak jun lagi. Hmmm....lama jugak kan?  Bukan senang nak ajar kanak-kanak aktif ni, kena pandai tackle.
Mama ambik masa jugak untuk buat entry ni pun bukan apa, mama ingat mama nak la tunggu gambar-gambar daripada Graduan Q sebab depa ada upah profesional photographer untuk ambil gambar tahun ni tapi lambat sangat la. Gambar yang papa ambik tahun ni pun banyak yang tak berapa menjadi so mama ambik je la mana yang sempat. Lagiupun banyak sangat. tak tau mana nak pilih.

 Pagi hari tu  teacher Pratibha mintak mama hantar Kayra sekali lagi ke dewan tempat berlansungnya majlis tu. Kayra dan kawan-kawan perlukan rehearsal terakhir sebab kata teacher Kayra dan kawan-kawan masih keliru dengan cara naik turun pentas. Jadi untuk elak kekeliruan, Kayra kenalah buat rehearsal sekali lagi.
Nampak tak tu ?  Boot baru kayra, baru petang hari sebelum tu papaMama pi beli sebab Kayra tak ada kasut yang sesuai untuk pakai dengan baju masa acara fashion show.  :)


 Terkejut masa dah selesai rehearsal pagi tu ternampak Tok Yang, Tok Honey dan Aaron datang sama dengan mamaPapa untuk jemput Kayra balik ke rumah.


 Konsert Kayra akan berlansung jam 3.45ptg. Teacher Pratibha mintak mama make_upkan Kayra dan pakaikan terus  baju yang akan dipakai masa acara pembukaan. Kita keluar rumah jam 3.20ptg sebab Dewan ILP tempat berlansungnya acara tu dekat saja dengan rumah kita.


 Apa-apapun bila sampai terus saja bergambar ok.


 Gaun ni labuh sebenarnya. Mama pendekkan sikit tapi mama tak la potong kain tu, mama lipat sikit dan jahit jelujur kasar-kasar dan iron bagi nampak kemas. kalau tidak nanti, tersembam pulak Kayra jatuh terpijak kain atas pentas manalah tahu. Cuma tangan baju kat luar tu je mama tak tau macammana nak buat sebab panjang sangat, mama tak boleh jahit sebab kain net tu nipis takut terkoyak, last-last mama cuma pinkan saja bagi pendek sikit kat bahu tu.


 Teacher Chang yang datang sambut Kayra petang tu. Cantik pulak mama tengok teacher kayra ni berbaju kebaya tapi nampak susah jugak tengok dia bergerak sana-sini petang tu.


Tok honey, Tok Yang dan Aaron duduk sebaris didepan mamaPapa. Sangat baik Aaron hari tu, tak adalah dia meragam sepanjang majlis berlansung. Dalam bising-bising pun dia boleh tidur tapi dengan syarat mesti atas riba Tok yang.

 Acara pembukaan pun bermula. Semua pelajar tadika Graduan Q naik ke pentas dan menyanyi dengan iringan muzik lagu i love the flower ( Boondiya song) dengan chicken dance.


 Tapi Kayra sangat pemalu di atas pentas.  Kat depan Kayra tu, boy baju biru tu Khor William, jiran depan rumah kita tau. Selalu panggil-panggil Kayra kalau nampak Kayra kat porch depan tapi Kayra buat tak tau saja macam tak kenal. Apa la Kayra ni.


 Lepas habis satu acara, Kayra dan kawan-kawan akan duduk kat atas pentas tu sekejap dan para ibu bapa dibenarkan datang depan dan ambik gambar depa sementara cikgu dan petugas akan buat persiapan untuk acara lain pulak.


 Tema acara hari tu adalah 'around the world'. Acara kedua dari USA rasanya, mama pun tak ingat. Tapi mama ingat la tarian ni ala pom pom girl. :)


 Mc yang boleh tahan cemerlangnya hari tu. Suka bertanya, 'anda tahu tak lepas ni persembahan dari negara mana?'  Bagusnya mc ni adalah dia buatkan suasana jadi tak boring ye lah sebab kadang-kadang ada la dua tiga perkara yang jadi gangguan semasa acara berlansung. Muzik tak keluarla, slide show sangkut la, screen tak turun la, macam-macam...


 Lepas tu, ini lah yang mamaPapa tunggu-tunggu. Persembahan dari negara China. Petang tu kayra jadi Amoi sekejap.


 Sia sia minoto pei la ti pei la to, nga peng nya... masa mula-mula kayra dok nyanyi kat rumah mama heran jugak apa la Kayra ni dok sebut..... dau tiga hari lepas sebelum konsert ni baru mama tau kayra dok nyanyi lagu cina.  baru lah mama macam....oooo...lagu cina rupanya ingatkan apa. Maklumla Kayra nyanyi tanpa muzik macam baca sajak pun ada...


 Comel, comel...suka mama tengok....


 Ok, selesai acara ni ibubapa yang terlibat dengan lagu cina ni turun la untuk ambik gambar. Papa tak turun, mama kau yang gigih ni turun ambik gambar. Ini gambar dari kamera papa.


 Ha, ini dari kamera mama. Berkilau-kilau mama tengok anak mama ni.


 Ini persembahan dari negara Arab. Buat tarian gelek.


 Ini ballet dance. Sangat comel. Kata teacher Pratibha mula-mula dia nak Kayra join tarian ni tapi Kayra taknak. ok, Kayra mana makan saman. kalau dia tak mau takmau la dia. Tahun depan boleh try lagi.


 Ini tarian melayu.


 Ini tarian dari negara India. Tarian ni ulang dua kali sebab ada kesilapan teknik sikit. Ada dua tiga lagi persembahan tapi mama tak letak semua gambar sebab banyak sangat


 Yang ni pu Kayra terlibat. Fashion show. Kayra jadi cow girl. Betapa pemalunya dia, kan kalau fashion show mesti naik pentas sorang-sorang dan jalan pastu pusing-pusing. Tak nak dia, naik pentas lepas tu gigit jari lepas tu tengok teacher Pratibha. Last-last teacher Pratibha yang pimpin dia bejalan atas pentas.


 Tengok tu, berdiri pun kat belakang orang. Terlindung muka.


 Hmmm...boot tu nampak dah bergaya sangat dah. Ada satu hari tu mama nak ambik Kayra dari kindy, teacher Pratibha mintak mama pujuk Kayra sebab dia takmau pakai baju ni. Kalau boleh Teacher nak la Kayra masuk at least dua acara. Menangis-nangis dia tak mau tapi lepas mama dan teacher puji menggunung siap janji nak beli aiskrim moo (wall's) baru dia nak. Kalau tak sambil mengis dok sebut  'i don't want , i don't want'


Slide show, papa sempat snap gambar Kayra.


Last sekali gambar Kayra ambil hadiah. Kira ok lah Kayra dapat nombor dua dalam kelas. Dua kali Kayra naik pentas ambik hadiah, kali keduanya Kayra dapat terbaiok English dalam kelas. Bangga sekejap mamaPapa.   :)


Dan gambar-gambar bawah ni pulak mama ambik kat FB Teacher Pratibha. Gambar random hari tu.




Lepas majlis Tok Honey dan Tok Yang terus gerak balik Taiping. Kita ? Kitra balik rumah sekejap lepas turus gerak ke Jusco pulak. Hehehe...idea papa, bukan idea mama.

Majlis habis lewat hari tu sampai dah nak masuk maghrib. Sebab tadi tu start lambat sebab nak tunggu semua sampai dulu baru acara nak mula. Lepas tu nak siapkan semua dan anak-anak ni naik ke pentas bukan senang. Harap tahun depan boleh siap cepat sebab sensitiviti kaum kena jaga jugak kan.... wink !!!

Tapi semua orang happy hari tu, Sangat happy. 

'kanak-kanak, apalah yang dia tahu tentang kehidupan...'

Monday, 19 November 2012

Pertandingan mewarnanya yang pertama....


Mama dilantik sebagai urusetia atau ajk hari keluarga ofis mama ( urusetia la sangattt...mata kat atas tangan kat dada...).Ada la dua tiga program yang akan dibuat. Tapi yang penting, mama ditugaskan untuk uruskan acara pertandingan mewarna. Ok , bestnya bila dapat uruskan kanak-kanak. Mama dapat bayangkan yang indah saja bila dikelilingi budak-budak. Sangat meriah dan happy ok. Ada chance jugak mama nak bawak Kayra jumpa rakan sebaya di luar ruang lingkup Kayra (Maksud mama kawan-kawan selain kawan kindy dan saudara-mara).
Mama nak Kayra belajar berkawan ok. Belajar tentang makna sharing is caring.
Pada mulanya masa mama cakap kat papa mama nak Kayra join colour contest tu memang papa tak bagi sebab papa pun tak dapat join. Sampai malam yang sepatutnya tu pun nyaris-nyaris Kayra tak dapat join tapi akhirnya dapat jugak Kayra  bila papa hantar di saat-saat akhir.
Happynya Kayra malam tu memang mama nampak sangat-sangat. Kayra bukan pemalu tapi sangat aktif dan keletah. Anak sapa la tu...?


Untu kategori umur Kayra, dikehendaki mewarnakan gambar ini dengan menggunakan pencil colour atau crayon yang dibawa sendiri. (abaikan jejari kaki siapa lah itu...)


Sudah separuh siap. Walaupun kepak ayam berlainan warna. Begitu jugak kaki ayam tu. Sempat jugak bertanya mama ' mana tangan ayam ? ' oh  ! Anakku sayang....


Sampai tertonggeng-tonggeng anak mama tekun mewarna.


Ok dah siap. Nasib baik tak ada aerial tv kat kepala ayam tu...Kayra kan suka tambah-tambah...


Yey, ada photographer tangkap gambar kita...


Pengadil dah pilih pemenang. So, selaku ajk...mama salin balik nama pemenang. Sambil pegang lollipop...


Dah settle kat dalam, kita keluar pulak.


Makanan banyak tapi Kayra takmau makan pulak....


Semua orang tengah makan tapi Kayra tak mau makan...rugi betul...


Acara sukaneka tengah berlansung.


Makanan yang dijamu. Sederhana tapi sedap...


Kita jadi sasaran lensa kamera lagi....


Dan lagi....  :)


Tibalah masa yang dinantikan....


Akhinya tiba giliran Kayra....


Tersipu-sipu Kayra. Tak pasti la mama kenapa Kayra begitu, mungkin malu atau terkejut...


Walaupun cuma hadiah saguhati (Kayra tak dapat apa-apa nombor pun...hehehe) Tapi Kayra sangat happy.


Mama pun happy dapat cabutan bertuah jugak tau....


Masa kat rumah memang tak sabar-sabar Kayra nak susun hadiah yang Kayra dapat. Memang bawak tidur lah malam tu....



Masa papa jemput Kayra malam tu memang tak sabar-sabar Kayra nak tunjuk kat papa apa yang Kayra dapat. Nampak saja kereta, Kayra sorok hadiah yang dapat tu kat belakang badan pastu bila dah dekat papa Kayra tunjuk sambil cakap 'i got this....' Papa pura-pura terkejut. Dan kita kita ketawa sama-sama...

Malam tu mama sedar, kadang-kadang benda kecil, nampak sangat-sangat besar di mata kanak-kanak. Benda murah pun nampak sangat bernilai. Kegembiraan sangat terpancar di jiwa murni mereka.

Apapun, mama sangat bangga dengan Kayra malam tu sebab Kayra sangat baik dan behave...  :)