Monday, 3 September 2012

Raya ketiga di Taiping

Masih di bulan syawal kan ? Mama nak sambung lagi cerita raya. Tak kisah la lambat ke apa. Janji ada cerita untuk blog ni. Lagipun rasa tak lengkap la raya kalau cerita kampung mama saja sebab kalau letak cerita raya pertama saja, nampak macam kita tak balik raya kat Taiping pulak.
Ok, kita balik Taiping raya kedua. Memang pagi-pagi kita bertolak daripada Jeneri dalam jam lapan pagi ke macam tu. Lepas tu kita singgah sekejap rumah mertua auntie Emma kat Bedong dan kita jugak beraya kat rumah tok anjang sebab rumah depa selang dua buah saja. Tok Anjang tu adik tok. Lepas beraya lebih kurang dan bersarapan nasi lemak pulak kat sana kita bertolak tapi tak terus ke Taiping sebab papa nak singgah tengok rumah kita kat Nibong Tebal sekejap. Pukul satu lebih baru bertolak balik dan sampai kamunting jam dua lebih la macam tu. Petang, bukan malam.
Tok Honey sorang-sorang tau sebab tok Yang dah ke KL pagi tu.
Seronok tak terkata Kayra bila tak lama lepas tu family Auntie Emma pulak sampai padahal dah jumpa pagi tu kat Bedong. Tok Honey masak mi kari tau, request by papa dan mama makan tak hengat. Memang tok Honey masak sedap sangat. Bertambah-tambah kita makan.
Esoknya, tok Honey nak beraya rumah kawan lamanya. Kita pun diajak sama. Tak ada masalah. Rumah Auntie Maya. Kemas dan sangat cantik rumah tu. Papa sempat jumpa kawan lama anak tuan rumah.

Papa nak jugak bergambar. lama tak jumpa katanya. Ada tak sesiapa perasan Hezri ni?  Kalau selalu tengok TV1 mungkin kenal kot... Mama pun interprem jugak sekejap. Hmmmm...

Teman sepermainan masa kecik. Mak dia kawan Tok Honey dan anak-anak pun jadi kawan jugak. 

Mama suka sangat rumah ni. Dah la cantik, bersih, kemas dan tersusun pulak. Rumah kita kalau susun perabot macam ni agaknya, sekejap-sekejap pasu pecah, sekejap-sekejap meja terbalik. Tau sajalah kan kalau rumah ada kanak-kanak aktif ni...

Ala, Auntie Emma terpejam mata pulak. Sorry kak Emma, gambar ni saja yang lin bagi. Tapi takpa, baju lawa....

Dan mesti ada jugak gambar depa dengan uncle ni. Macam biasa la Kayra, mesti ada drama kalau nak suruh bergambar. nasib baik ada gambar yang elok.

Lepas beraya kat situ, tok Honey dan family Auntie Emma pi beraya kat tempat lain pulak. Kita tak ikut. Papa ajak cari tempat makan. Apa lagi, Kayra nak aiskrim la. Sebab raya, banyak tempat makan tak bukak lagi. Last-last kita ke Hotel panorama. Kayra makan aiskrim coklat.

Ini alas pinggan. Sangat nostalgia tengok gambar ni. banyak jugak gambar-gambar Taiping dulu-dulu digantung di dinding.

Papa makan chef choice hari tu tapi mama tak ingatla apa nama masakan tu. Tapi nasi putih la.

Mama tak makan, mama tengok saja. Tapi ada la dua tiga suap aiskrim kayra mama ambik. Mama tengah diet ok, jadi kenalah kuatkan semangat kalau nak kurus. Nanti pi doktor balik terkejut pulak dia tengok mama tak kurus-kurus.

Lepas makan kita pusing sekejap tengok tasik Taiping lepas tu terus balik. Malamnya Tok Honey ajak buat barbeku. Tapi gambarnya mama tunggu dari papa tak dapat-dapat pun lagi. Tak apa, dah ada gambar lepas ni mama edit balik.


2 comments:

  1. sian jer yan tgk muka kak ida masa tgk cik kyra tgh makan ais krim...dah nam pon diet so kena tahan la kak ida..

    ReplyDelete
  2. :) diet dengan family ja tapi kalau dengan kawan-kawan mana boleh tahan, pizza la, manhattan fish market la. Kesian badan....

    ReplyDelete