Tuesday, 18 September 2012

Market Ikan Manhattan

Wow, raya lagi, diet mama dah kelaut. Ada ajakan makan oleh kawan-kawan lagi pulak. Mana boleh tak ikut, mesti ikut jugak walaupun hakikatnya mama dah risau sangat berat badan makin naik sikit demi sikit ni. Tak kisah la, lepas ni diet balik. Janji kita ikut depa dulu. Tempat ni tak pernah mai lagi ni, jadi kalau tak ikut depa kali ni, bila lagi, lepas ni mama nak ajak papa pulak ni.


Mintak tolong Nuzir snap kan gambar kat depan pintu kedai. Ada sikit gegaran di situ, tapi tak apa, masih boleh nampak jelas muka mama. Nampak ada sikit penurunan berat badan. Betul ke ? Atau mama yang syok sendiri?


Linda, macam dah tau-tau hang eh ada orang nak ambik gambar ?  Senyum macam dah ready ja...


Kelas kau market ikan, sampai Manhattan kita ni.... padahal Autocity jah....


Capai dulu buku menu depa apa yang secret pun mama tak tau la....


Masuk dalam, semua orang ambik tempat duduk masing-masing. Elok je semua, tak ada gaduh-gaduh rebut tempat duduk pun....


Teka teki ke jokes ke apa kat depan belakang  tisu depa. Mama yang ni pun boleh buat modal tulih dalam blog kan ? Kelas tak mama Kayra ?


Seafood Soup. Sedap ni, mesti try...


Menu depa...


Muka mama dah kecik sikit kan ?  perasan lagi... Bergambar je lah mama. Ye lah, depa semua bawak handphone canggih-canggih, guna wifi kedai ikan ni ntuk surf internet, mama mana ada. Kamera compact ni je lah yang mama ada....


Menu depa lagi....


Hajar ada hal petang tu, tak masuk ofis dah. balik rumah ambik Cik Uzma, singgah sat makan dengan kami. Uzma tu baik ek, tak kacau pun ibu dia makan, kalau kayra, macam-macam hal dia buat kalau dia dah kenyang. Kalau dia kenyang dan takmau makan, kalau lapar, penuh tawaduk la menghadap makanan.


Gambar dari meja kami dari arah sebelah sini. Bukan apa, tu ha Azian, mana boleh tak ada gambar dia....tapi gelap sikit la gambar ni.


Tiga jejak kumbang terlarang yang join kami petang tu.


Giant Fried Platters for 4 person. Sedap tapi harus diingat tentang kalori dan segala lemak yang ada. Tapi serius sedap. Nasi tu macam letak cheese, cair di dalam mulut. Pastu masa hantar tu siap depa bakar pakai penunu bunsen depan mata kita sendiri....hahaha... bukan nak kita qc depa makanan tu masak ke tidak, tapi memang prosedur kot, atau nak bagi cair cheeese.....


Bila si jejaka keluar hisap rokok, tinggallah kami-kami dok bergebang sesama sendiri.


Memang kami berdua suka bergambar. Tapi bagi mama, Azian lah ratu bergambar sebab setiap ceruk dan sudut meja tu ada gambar dia. Hahaha...jangan marah Azian, nanti kena jual.



Well, well....lepas makan kita balik ofis sambung kerja. Keluar makan tadi dah pukul 12.30 balik pukul dua lebih sikit. Kerja sampai pukul lima dan balik. tapi memang kenyang lah hari tu. Ok lah jugak try tempat baru untuk makan-makan. Nanti mama nak ajak papa dengan Kayra pulak.....

4 comments:

  1. best nyer..rindu kat sume!!..sob..sob..

    ReplyDelete
  2. mai la sini. Bawak si Zara tu, lama tak tengok dia...

    ReplyDelete
  3. Bestkan bila dapat makan ramai-ramai..

    ReplyDelete
  4. Kalau orang Ipoh tu ada lagi best kan ? hehehe....

    ReplyDelete