Monday, 10 September 2012

Jamuan Raya Ofis Mama

Pada 4 September 2012, telah diadakan jamuan raya aidilfitri secara kecil-kecilan di ofis mama. Tak tau la nak cerita apa, tapi jamuan yang tak banyak menu ni memang tak 'renyah' dan bagi kesempatan sesama kita bergurau senda dan usik mengusik banyak sikit. (Hmmm...nak tau maksud 'renyah' tu sila tanya k).
Ok, unit mama buat laksa. Bukan buat, kami tempah. Simple, sedap, senang nak dapat dan yang paling penting, murah. Ya lah, dengan keanggotaan kakitangan bahagian yang dah makin berkurang, makanya terpaksalah kami cari alternatif yang sedikit menjimatkan. Tapi yang paling penting, rasa tu kenalah sedap. Walaupun nak yang murah tapi kenalah ambilkira jugak tentang rasanya, janganlah nak sekadar melepaskan batuk di tangga, barulah kena dengan intipati gaya, mutu, keunggulan. Eh ! Apa mama cakap ni...? merapu lagi ?
Kedai laksa mana lagi yang dapat memenuhi kriteria kita selain seruling emas, kat situlah yang kita tuju masa nak order hari tu. Berani tak sedap, nak order laksa pun food tester dah berapa orang pastu balik pakat bawak sorang dua tiga bungkus laksa balik, siap ajak jd lagi try. Ok, kami order makan untuk  seratus orang, pakai mangkuk kecik. Pagi hari kejadian, Nuzair pi ambik dan sebelum jam sebelas dah siap kami hidang. Jadilah, jamuan raya kecil-kecilan, tertutup pulak tu, dan acara makan-makan ni pun dibuat sebab ada mesyuarat pagi yang pengarah nak mai chair meeting.

Siapalah mama buat entry cerita tanpa gambar kan ? Haruslah ada gambar penulis sebelum, semasa dan selepas acara kejadian kan ? Ada kisah ? Saya memang suka bergambar.

Disebelah sana, mereka sedang menunggu makanan yang ditempah jugak sampai. Ya, gerai rojak disebelah sana.


Ya Allah Ya tuhanku, permudahkanlah urusan kami hari ini... Sila lihat si jejaka berbaju kotak itu berdoa sambil tersenyum...


Ucapan aluan dari jd

Ucapan pengarah pulak lepas tu.


Yang hadir


Anda yang hadir dengarlah ucapan dulu ya, kami nak berhidang sat...


Laksa, favourite mama ni. Nama pun laksa, makanya harus berwarna putih... abaikan wajah Linda dan si baju ungu yang cuma nampak separuh. Memang, memang nak gambar macam ni. Hehehe...


Mereka bertiga. Nurul dengan syle gaya orang dulu-dulu bergambar, tak tengok kamera. ( padahal ntah-ntah ada orang panggil nama dia, yang orang tu pun....time ni lah yang nak panggil pun...)



Siti, kak ida suka gambar ni....


Mi rebus sebelum dibubuh kuah


Laksa sebelum dibubuh kuah



Segala kerepek, tat, maruku dan tisu. Eh ! tisu pun nak cakap....


Rojak sebelum letak kuah jugak...


Haiqal pun ada, dulu praktikal kat sini jugak. Hmmm, baru tau rupanya dia adik Hazrin...


Bubur kacang pun ada


Tidak ketinggalan jugak, kicap yang papa amat suka ni....


Saya tau, saya tau, kamu memang suka bergambar macam ni....


Nak jugak bergambar dengan Linda sambil pegang cawan polisterine.



Tetamu ambik mangkuk sendiri dan senduk kuah sendiri, ambik sendiri dan makan sendiri. Ala, senang cakap layan diri je la. Buat susah ja nak taip panjang-panjang.


Azian dan Cik Faridah. nanti nak tak kalau ada entry cerita lebih lanjut pasal cik Faridah ni ?


Me and Cik faridah. :) Dia bos yang baik




Eh ! ini kes silap susun gambar. Sepatutnya kat gambar menu kat atas. Tak pa lah, hantam sajalah. Cik Lemang dan cik rendang.  Sedapnya rendang mak Linda.


Gambar kami yang sedang memperagakan makanan dari gerai masing-masing.


Dan harus ada gambar si pemakan ini sedang makan.


Linda dibelakang si pemakan yang sedang layan tetamu.


Dan gambar ni, tak tau la apa yang mama nak tunjuk. Mungkin sudu plastik, dan mungkin jugak Cik Ilyas yang hari tu pakai baju melayu.


Ya, itu saja gambar-gambar pada hari itu. Tahun lepas lagi meriah majlis kita. Tapi tahun ni lebih deep in heart sebab lebih banyak masa yang kita dapat untuk entertain tetamu secara personally.


1 comment:

Lily said...

wahhhhh ida best nyer laksa tu...rugi betul masa gi penang tu hari tak makan.....leh pos kat aku tak?

Post a Comment