Wednesday, 19 September 2012

Subway ke nasi lemak ?

Amboi, dah lepas puasa ni, masuk pulak raya, makan tak berenti aih... Macam lepaskan gian sebab dah sebulan tak boleh makan siang. Tak apa, bagi chance dulu dalam bulan syawal ni, asalkan berat dah tak cecah 60kg masih boleh dimaafkan. Kalau dah sampai 59.5kg tu kita diet gila-gila balik. hari-hari timbang dan pantau berat badan, takmau lagi besar melampau, mama nak berat 55kg kira dah ok, kalau boleh lagi ringan daripada tu kira dah macam bonus bagi mama.


Ni ha, Siti belanja mama pulak hari tu makan kat subway sebab dia dah nak habis praktikal. Makanan sihat katanya. TQ Siti. Lain kali kak ida pulak belanja siti.


Sandwish mama yang sihat dan air yang tak sihat. Nama je diet tapi minum air gas. Apa la...


Biasa la, tisu pun mama snap jugak. Mama Kayra kan....?


Lengang je Subway Autocity ni, semua orang masih beraya ka?



Settle satu bab. Next, cerita lain pulak....

Ini ?  mama saja-saja buat makan-makan kat rumah. Masak nasi lemak je pun pastu ajakla kawan-kawan kat atas ni dua tiga orang mai rumah makan. Saja la, dah niat lama dah...


Sila, sila....entah sedap entah tidak tapi semua makan je, segan nak komen ke ?


Ala kadar je mama masak, lain kali mama masak yang lagi best ok. Ini sarapan saja, untuk alas perut.


Sebahagian duduk atas, sebahagian duduk bawah. Kesian korang, tuan rumah tak mampu lagi nak beli sofa.


Kan ?  Mesti ada gambar i dengan azian. Hehehe...


Mahani pun mai jugak, bawak baby Dhia Khalissa ni. ( Eja betul ke mahani?  )


Baby tomei-tomei ni la...Pagi tu mama dah siapkan tempat tidur untuk Dhia, Kayra tanya siapa nak duduk, mama cakap la ada baby nak mai rumah kita. kayra siap cakap takmau pi school hari tu sebab nanti baby tu datang nak tengok kakak ( Kayra la tu )... "nanti baby nak tengok kakak Eiya (Kayra)..."

2 comments:

  1. Sedap la kak ida masak..yan suka ayam tue...tq yer sebab sudi jemput kami g rumah makan-makan.

    ReplyDelete
  2. :) harap2 kenyang la semua hari tu kan ?

    ReplyDelete