Tuesday, 25 September 2012

Kenduri Rumah Tok Andak

Sabtu 22 September 2012. Save the date. Wink ! 
Sepatutnya hari ni Kayra pergi sekolah tau tapi papa cakap kayra cuti je lah satu hari sebab kita nak attend kenduri rumah tok andak.

Gambar Kayra pagi ni dengan luka di lutut. Semalam kita makan kat luar. Masa nak balik tu mama ada la pegang tangan Kayra. Tapi Kayra tu nak jugak mama lepaskan tangan kayra tu sebab dia nak lari. Tak sempat nak lepas lama tu dia dah 'gedebuk' jatuh depan mama. Hmmm...apa lagi, luka la lutut tu. Luka sikit je, menangisnya sampai dekat sejam. Start dari balik dari kedai makan tu, papa singgah bank sekejap, balik rumah, dalam rumah kat ruang tamu sampaila naik tingkat atas katil. Inilah kisahnya kayra yang tak pernah jatuh luka berdarah ni.


Kita bertolak dari rumah dah pukul sebelas lebih, sampai kat sana dalam pukul dua belas lebih. Tetamu dah makin ramai. Tok dan maksu dah ada, mak lang pun.apa lagi, kita ajak le tok join kita makan. Ajak tok ngah tapi taknak pulak dia. Sedapnya lauk kenduri.

Adam Haris. Anak Nana sepupu mama. Comel bangat. Dah la comel, baik pulak tu. tak dak pulak merengek-rengek. kalau dapat bawak balik rumah ni tak dak kerja la mama dok belek budak ni saja. Nak pinjam bawak balik mummy nya tak bagi kot. Aih, teringin sdah mama baby boy ni...


kami dari dalam tengok kat luar view kenduri macam ni la... Orang dah makin ramai.


Pelaminan yang macam fairy tale. Kayra terpegun bila tengok.



Bila pelamin macam fairy tales harusnya pengantin macam princess la. cantik. Yang lelaki tu sepupu mama. Kayra panggil Pak Ngah An.
Selamat Pengantin Baru Nuzaihan dan Farini.


Lu apa kes mak lang ?  Kayra minum kopi ke ? Hmmm, mana boleh. Mama tak sempat nak tengok. Mama tak bagi Kayra minum kopi k.


Pendekar melayu berpencak silat.


Tetamu hadirin dan hadirat.


Lauk kenduri yang mama  sempat snap. Gambar lauk je. Tuan rumahnya entah kat mana.


Sebelum balik sempat lagi snap gambar ummi. Depa baru sampai. Kami nak pi Perlis ni ummi. Tapi tak sempat rasanya nak singgah rumah ummi. Last week baru pi kan ?


Perut pun dah penuh dengan nasi kenduri, kenyang sangat-sangat. Kita straigh away ke Perlis. Kita dah rancang awal-awal nak kesana. Hmmm....dalam mood bercuti ni...

4 comments:

  1. Replies
    1. Dia tak pernah luka berdarah banyak2, menangis tu yang lama sakit rasanya sikit ja. Mengadsa lebih...

      Delete
  2. hmmmm...kesian dia...

    ReplyDelete
  3. Da besar Kayra..

    ReplyDelete