Thursday, 13 September 2012

Farewell Trainee

Dah nak habis dah praktikal, so kami decide untuk adakan makan-makan kat luaq . Cik Faridah pun dah resign (tapi lepas tu tak jadi dan majlis ni jadi farewell untuk adik2 trainee sajalah). Mula-mula pening jugak nak pilih tempat. macam-macam idea mai tapi akhirnya dek kerana kekangan masa, kami ke pizza Parit Buntar saja.

Mula-mula macam tak nampak sambutan tapi last-last ada jugak. Jadilah untuk keluarga kecil kita ni. Sekali sekala duduk lepak makan-makan tak salah kan ?


Tu ha, Suhaimi si budak pendiam dan pemalu. Buat farewell untuk dia, lambat datang sebab hujan, dia naik motor. Susah sangat nak dengar suara, diam saja.


Mana boleh tidak, mesti ada gambar blogger ni. Pakai hitam lagi. Dulu masa muda-muda sangat gemar warna kuning, tapi sekarang hitam selalu jadi pilihan (badan nampak kurus sikit bila pakai hitam hehehe....)

Macam biasa, makanan banyak. Memang suka makan ni tapi kalau nak kira kandungan lemak, tak terkira banyaknya. Dapat dua keping pizza kecik ni pun dah rasa sengkak perut. Tapi bila tengok gambar ni Hajar dan cik Faridah yang sangat berselera, tak sedar laju je tangan menyuap makanan.


Siti, kamu ni pemakan jugak ya. Sedap ke ?


Ait , berat dah berapa ni ?


kalori, lemak, kalori, lemak.... tapi ngap jugak....


Wan dan Siti. Trainee empat orang semua tapi seorang dah habis, wan hari ni last, siti ada lagi seminggu lepas ni. Si Suhaimi tu petang ni tak nampak pulak. Mungkin datang lambat sebab hujan.


Lepas tu kita bergambar ramai-ramai... 



Dan ada tanda kenang-kenangan jugak. Terima kasih daun keladi.


Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan di dalam hati

No comments:

Post a Comment