Tuesday, 28 August 2012

Cerita Bergambar Aidilfitri 2012


Bulan Syawal, biasalah, mesti ada cerita raya. Mesti ada posting raya. Makan ada entry, beli baju ada entry takkan raya ni kita tak buat entry raya. Mana aci, takkan kita nak simpan buat pekasam saja gambar raya kita yang berlambak-lambak tu.
 Macam yang sedia maklum, tahun ni turn beraya kat Jeneri pulak. Bila beraya kat kampung, sambutannya pun ala-ala kampung jugak. Kat Kampung kita tak buat rendang daging tapi kita buat gulai,ala macam rendang jugak tapi daging tu kita potong kecik-kecik dan masak macam kari. Mesti ada lemang dan ketupat. Tapi tahun ni wan tak buat lemang sendiri, tempah saja. Ada la dekat 20 batang dan  ketupat pulak  seperiuk besar. So malam raya cuma masak gulai saja. Mama tak membantu pun buat-buat gulai ni sebab pakcik ada untuk tolong tok. Part mama, mengemas, iron baju raya wan dan tok dan hias sikit-sikit lah rumah. Tak adalah nak beria-ria mengemas, asal nampak bersih, kira ok lah tu.

Pagi raya bangun awal awal, sediakan pakaian papa, ikat sampin bagai papa tu dan ready untuk ke masjid. Lepas tu mama siapka anak mama, buatkan tocang, dua tiga kali ikat sampai puas hati dan letak riben. Tocang dan riben tu wajib sebab kamu anak perempuan. Mesti hias sehabis hias anak dara.

Ada dua pasang baju kurung yang ditempah tapi besar sikit, tak apa tahun depan boleh pakai. Tahun ni sebab papa nak pakai hitam, kita pun kenalah pakai hitam jugak. Baju raya biar sedondon baru namanya sekeluarga yang beraya.

Kenapa kena hias anak bagi cantik-cantik ?  Supaya bila orang kampung cakap,  comelnya...anak sapa ni ?  mama boleh jawab, anak saya lah. Pastu senyum-senyum orang kampung. Mama boleh anggap depa cakap dalam hati, patutlah comel anaknya... Padahal, orang  tu nak letak dua tangan kat dada, mata pandang atas... Ayat penyedap je ni...

Dan maksu yang berseorangan beraya tahun ni, Kayra ajak bergambar sama. Paksu kerja tahun ni. Tak apa, dekat saja, nanti paksu boleh balik. mak su pun bercuti lama padahal kampung mertua dekat saja pun. Tak kisahlah, yang penting tahun ni, raya pertama mak su ada dengan kita. Bukan apa, boleh tolong jaga Kayra kalau mama nak berehat. hehehehe...

Jarang pakai baju beli siap tapi kali ni mama beli je kat kedai sebab nak sedondon punya pasal. Baju Kayra tak ada masalah tapi baju mama tu. Dari awal puasa sampai dah nak habis puasa baru dapat. Kat Taiping jugak yang jumpanya....tak payah cari jauh-jauh...

kot lah dah bagi pakai baju kurung dia nak duduk diam ala-ala sopa ayu gitu, tak ada nya. Lasak ke tak lasak tak ada kena mengena lansung dengan baju yang dipakai. Nasib baik lah ruang rumah luas, boleh la dia lari sana sini.

Favourite spot sapa pun yang bergambar dalam rumah ni mesti nak bergambar kat tangga. Kak Long tak pi masjid jugak. Kayra ajak jugak bergambar sekali.

Dua-dua orang ada mata yang besar. Punyalah susah nak bagi Kayra dia bergambar. Sekejap dia nak naik, sekejap nak duduk bawah sekejap  nak pi bawah tangga. Hish , la budak ni...

Dah dapat sampul duit raya pertama. Terus pi ambik beg silang beli semalam. Memang semua budak perempuan macam ni agaknya, sangat suka bila ada beg.

Bila dah semua balik dari masjid. Terus serbu meja makan. Makan dulu apa yang ada. Nasi putih dah masak cuma tak sempat nak hidang.

Si Arif aqil ni bila nampak mak lang terus peluk mak lang. Ye lah, dua minggu mak lang jaga bila ayahmak nya pi buat umrah hari tu.

Susah nak nak bagi semua duduk proper bergambar. Main candid-candid saja. Tak apalah, janji ada gambar pakai baju raya.

Ada tempat yang elok tak mau, kat sini jugak depa nak bergambar. Yang kat dapur  ramai-ramai tu, buat dek saja bila mama panggil ajak bergambar.

Kita pun nak jugaklah bergambar raya sekeluarga di tangga ni. Pada mama, raya kat kampung mesti ada gambar kat tangga ni. Wajib.

Dah kat tangga kita keluar pulak. Abaikan lidah Kayra tu. Dia tu memang, kalau orang suruh duduk elok-elok nak ambik gambar, macam-macam perangai dia akan buat.

Sampul duit raya nak, tapi salam tak mau. mana boleh. Tension je bila mama suruh salam. Jangankan salam raya, pagi-pagi nak salam papa sebelum papa pi kerja pun susah bebenor..

Dah dapat duit, dok main tolak-tolak pulak sampul tu. Pastu baling-balik pulak. Bukannya tahu makna duit lagi tu, takmau bagi mama nak, boleh mama beli lipstik baru...

Dah Kayra takmau bergambar, biar mama pulak bergambar dengan anak buah mama ni. Pakai jubah pulak tahun ni Kak Long, dah rasa macam bergambar dengan orang arab pulak mama...

Mest ada jugak gambar Aqil dengan Wan.

Mak su nak bergambar dengan Wan dan tok jugak.

Gambar Wan kita dengan Tok kita pun mesti ada kan Kayra...

Gambar kita dengan wan dan Tok dari arah sisi.

Gambar kita dengan tok dan wan dari arah depan.

Dan mesti ada adegan sentap begini.

Lepas pujuk pun tak jalan, mama cubit peha sikit. Terus kayra bangun macam tak ada apa yang berlaku, terus salam tok dan Wan. Geram betul mama...

Dan makanan di dapur jangan dibiarkan kesepian. Depan sekali tu pinggan daun-daun untuk laksa.

Pakcik dengan pinggan laksa ketiga untuk hari ini. Pagi tadi masa tunggu turn nak mandikan aqil, sempat lagi habiskan dua pinggan laksa.

Dan si kecik dua orang, tengok kakak Ainna main PS2.

Pakcik dah start edarkan duit raya. Bagi duit raya kat abang Fikhri macam bagi sumbangan BR1M pulak...

Kuih raya beli kat rumah tok kita tahun ni.

Dan mesti ada kuih favourite pakcik kita.

Kalau nak summerize kan tentang hari Raya kita tahun ni terutama hari raya pertama, mama nak cakap yang ianya adalah meriah, membahagiakan dan sangat-sangat kenyang.
Hari raya di sini dulu tahun ni, dan esok pagi-pagi kita dah nak balik Taiping pulak beraya denga Tok yang dan Tok honey.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir Batin.

1 comment:

  1. aku tahun lepas tema hitam....... wahhhh seronok kayra beraya kan....banyak dapat duit raya????? bila nak datang johor plak??

    ReplyDelete