Satu Ogos jatuh pada hari jumaat bersamaan 13 Syawal. Mood raya dah kurang tapi mood bercuti tak pernah-pernah habis. Musim raya ke, musim buah ke, musim hujan ke, mood cuti tetap ada. Bukan cerita malas kerja ok, tapi kalau dapat bercuti tu, macam dapat bonus pulak rasanya.
Ok, ini cerita satu ogos. Kita ke Cameron Highlands. Kita balik hari saja, tak tidur sana pun sebabnya 31 Ogos banyak hotel penuh. Kalau adapun yang mahal sangat. So, takyah la lagipun tok honey kata tak payah la bermalam sebab Cameron tu sehari dah habis pusing lagipun balik-balik tengok bunga, stoberi, bunga, stoberi. Tak apa lah.
Kita berolak dari Kamunting pagi sangat tau. Pukul 5.15 pagi dah bertolak. Pukul 4.30pagi Kayra dah bangun mandi, mama pulak pukul 5 dah siap pakai celak dan pakai cream uv protectant hehehehe....
Kita singgah subuh kat Simpang Pulai dan jam lapan setengah pagi dah sampai Tanah Rata.
31 Ogos 2012 ok. Kita sambut merdeka kat sini. Kat padang tu ada la perarakan merdeka. tapi kita tak pi tengok pun. Best la orang kat sini, nak berarak pun tak panas. Berdiri dua tiga jam pun rasanya tak ada masalah.
Kita berolak dari Kamunting pagi sangat tau. Pukul 5.15 pagi dah bertolak. Pukul 4.30pagi Kayra dah bangun mandi, mama pulak pukul 5 dah siap pakai celak dan pakai cream uv protectant hehehehe....
Kita singgah subuh kat Simpang Pulai dan jam lapan setengah pagi dah sampai Tanah Rata.
31 Ogos 2012 ok. Kita sambut merdeka kat sini. Kat padang tu ada la perarakan merdeka. tapi kita tak pi tengok pun. Best la orang kat sini, nak berarak pun tak panas. Berdiri dua tiga jam pun rasanya tak ada masalah.
Kita tak kisah dengan perarakan merdeka mereka tapi kita sangat kisahkan dengan bekal kita ni. Lapar ok kalau sejuk. Sampai saja, parking kereta, cari tempat duduk dan buka bekal yang kita bawak.
Tak pandang kiri kanan dah, lapar punya pasal. Sedap tok Honey masak. Kenapa bawak bekal, sebab kita jangkakan ramai orang kat Cameron sebab cuti merdeka kan ? Lagipun kita nak sampai awal, takut kedai nasi lemak pun tak bukak lagi. Senang cerita kita takmau bazirkan masa nak melilau cari tempat makan, cepat sampai, makan dan jalan-jalan, senang.
Simple saja apa yang kita bawak. Ikan bilis goreng, sambal tumis, ayam masak kicap dan telur rebus. Makan dengan nasi putih. Suasana yang sejuk buat kan kita tak sedar bertambah-tambah.
Dan semua lauk masukkan dalam bekas ni. Mama taktau la orang lain panggil apa, tapi mama panggil si'a ok. SI'A. Sebutannya a tu sengau sikit. Hehehe...Sangat retro pulak mama rasa. Tok Honey memang banyak benda lama-lama dan semua pun masih elok dan boleh guna lagi.
Kayra tak makan nasi ok, dia taknak. Nasib baik mama bawak nutella dengan roti gardenia. Makan memilih-milih.
Mesti ada gambar kita bertiga di sini.
Masa nak keluar dari taman ni, dia nampak pulak replika buah-buahan ni kat seberang jalan, singgah sekejap. Mama bawak sebab papa sibuk susun barang makan tadi kat bonet kereta.
Dah , tu nampak tak big bos tengah tunggu kat seberang jalan. Kita naik kereta Tok Honey mai Cameron sebab besar sikit dan tinggi. Dalamnya luas, senang tok Honey nak berlunjur kaki.
Kemudian, kita ke sini. Mardi. Dulu kita tak mai pun kat sini.
Dia pun nak jugak bergambar sambil bertinggung. Haih anak mama sorang ni....
Semua cantik, semua indah. Allahu Akbar...
Repika strawberry. Sangat suka bila Kayra jumpa ni. Kalau dah suka, suruh berposing pun tak susah lagi...
Nampak pulak buah original. Terjerit-jerit dia.
Dengan Papa. Papa pegang ayaq stroberi yang tok Honey beli. Lambat nak minum, ayaq ais, sejuk nak minum...
Hah, tu dia. Cover sikit tang perut tu. Lima kilo lagi ni nak kena turun. Kot celah mana mama nak kena bagi turun ni ??...
Daisy. Flower in my heart is the man at my back. But the girl in pink, suddenly appeared...hahahaha...
Masuk taman ros sekejap.
Rose is my name. :)
Cantik sangat la bunga-bunga ros kat sini. Rasa macam nak makan-makan.
Ini pulak gambar kat Teh Kiosk. Mama tak masuk dalam pun. Main-main denga Kayra saja kat luar.
Papa dengan Tok Honey. Anak bongsu lelaki sorang. Hehehe...
Kayra denga Tok Honey. Cucu kepada satu-satunya anak lelaki. Nak bergambar dengan tok pun susah.
Lepas Mardi kita ke Bharat Tea Valley.
View ladang teh yang saujana mata memandang sangat cantik pada kita.
Minum teh dan makan sandwish.
Di sini, minum teh panas tak la sesusah minum air stoberi ais kan papa ?
Lepas minum papa ajak kita turun bawah. Berjalan kaki kita turun lereng jalan yang curam. Jatuh Kayra menangis sekejap. tapi tak lama. Bergambar di celah pokok teh, muka masih masam.
Anak papa, dukung dan pujuk sekejap. Lepas tu dah steady berjalan macam biasa.
Kita turun sampai bawah tengok anak sungai. Tengok dari atas nampak cantik, dah turun bawah tengok dekat masih nampak cantik.
Lepas Ladang Bharat kita ke Ladang Al Mashoor. Makan aiskrim pulak.
Sebelum bergerak dari situ. Tok Honey tinjau-tinjau rumah-rumah kat situ. Tuan rumah bagi rasa buah ni. Jambu jepun. Rasa macam jambu batu yang masak ranum tapi lembut. Sedap. Pertama kali mama rasa.
Acara wajib sebelum balik. Mestilah beli buah tangan sayur mayur dan buah strawberry sebelum balik.
Cik Kayra yang kepenatan tertidur dalam kereta dalam perjalanan balik. Pukul empat lebih kita gerak. Lima setengah kat simpang Pulai.
Dah nak sampai Kayra jaga. asyik mintak air masak. Rasa tak sedap perut agaknya. Dah sampai Kamunting. Bluek...., habis muntah air dan susu. Kotor kereta Tok Honey.
Sampai rumah Tok Honey, loading barang dan terus mama bagi mandi. Kesian Kayra. Penat sangat agaknya.
Papa ada extra work, cuci kereta. Hehehe....
Dah nak sampai Kayra jaga. asyik mintak air masak. Rasa tak sedap perut agaknya. Dah sampai Kamunting. Bluek...., habis muntah air dan susu. Kotor kereta Tok Honey.
Sampai rumah Tok Honey, loading barang dan terus mama bagi mandi. Kesian Kayra. Penat sangat agaknya.
Papa ada extra work, cuci kereta. Hehehe....
2 comments:
wah bestnyer gi cameron..... lama aku tak gi sana.. last gi dulu tahun 2009.......
Bestnyer, pandai cik kyra berposing cam mama dia jugak..hihikk.vaucer hotel kat cameron tak guna lg ni erm...erm...:P
Post a Comment