Wednesday, 19 September 2012

Balik Kampung Di hari malaysia

Cuti hari Malaysia kita balik kampung. Last kita balik masa hari raya hari tu lepas tu tak balik-balik lagi. Hari sabtu lepas jemput kayra dari kelas terus gerak balik Kedah tapi on the way call wan nak bagitau nak balik, wan cakap sekarang ni wan kat Sungai Petani, ada pi shopping sikit dengan mak long. So, kita cakap kat wan nanti nak join wan dengan tok jugaklah kat rumah mak long. Kita singgah, makan-makan sebelum gerak balik sama-sama ke kampung. Wan drive sendiri , mula-mula kita konvoi je la tapi lepas tu kereta wan tertinggal jauh la kebelakang. Kita sampai dulu kat rumah wan, yey...kita menang  !!!

Ni masa nak gerak balik. Tengah sembang-sembang sebelum masuk kereta. Wan dengan tok tengah tengok-tengok rabbit abang Aidil yang dah tinggal seekor saja tu. Kesian rabbit tu dah takdak kawan.


Abang Aidil merengek-rengek jugak kat mama dia nak ajak balik kampung tapi mak long cakap esok nak pi jemput kakak Ainna kat matriks so tak dapat la Abang Aidil balik kampung dengan kita. Kayra rasa best je dapat kawan-kawan dengan Abang aidil tapi Abang Aidil asyik lari-lari je. Malu ke ?


Best la kalau dapat tinggal kat rumah besar macam ni. Rumah sebiji stand alone tak ada terlekat-lekat dan share dinding dengan rumah orang. Boleh Kayra lari-lari keliling rumah. Sebab tu mama nak Kayra belajar pandai-pandai, kerja dan simpan duit banyak-banyak, boleh la beli rumah besar macam ni. Nanti boleh mama lepak-lepak rumah Kayra.


Esok pulak kita pergi Perlis rumah Ummi. Ummi kita Ummi Rosnita yang tinggal kat Perlis tu. Kita naik kereta wan. Mula-mula wan drive tapi lepas tu wan pass baton kat papa. So papa lah drive kereta bawak kita semua hari tu ke Perlis.


Sepanjang perjalanan Kayra tidur. Semalam Kayra muntah-muntah. Mungkin sebab petang tu kat rumah mak long kot. Kayra tak mau makan nasi, lepas tu tok ada bawak jagung rebus, mama pun bagi lah Kayra makan. Malamnya Kayra muntah-muntah. Agaknya tak selesa perut, perut kosong berangin makan pulak jagung, last-last habis muntah keluar. Kayra tidur atas riba tok sepanjang perjalanan.


Kita sampai rumah ummi dah pukul satu lebih, makan tengahhari, rehat-rehat sekejap sembang-sembang dan bersiap nak balik pulak. Hajat kita ke Perlis ni pun sebab nak melawat ayah abah yang tak berapa sihat.


Kayra nampak sihat pulak kat rumah ummi. Suka Kayra dapat kawan dengan wan ek ?  Lepas tu kita semua gerak sama-sama ke rumah ayah abah, sembang-sembang dan kita gerak balik rumah wan.


On the way balik singgah lalu sekejap kat sekolah lama mama ni. Mama sambung belajar kat sini setahun saja dan kat sini la mama dapat diploma mama.  Rindu.....


Dekat plaza to Pendang rehat sekejap. Sempat mama snap gambar ni. Kalau Kayra nak tau, ni la mesin menuai padi....


Sepanjang perjalanan balik pun Kayra tidur. Kali ni baring atas riba wan pulak. Wan suruh mama duduk depan jadi co pilot, wan nak duduk belakang sebelah tok. 



Gambar tergantung kat dinding rumah wan kita Kayra, gambar masa wan terima pingat PJK dulu. Kalau tak salah mama tahun 2006. Gambar ni tak ada dalam album, hanya tergantung kat dinding saja. Mama snap dan letak dalam blog ya nanti kalau sapa-sapa nak tengok boleh tengok kat blog ni.


Pagi esoknya hari isnin, tersangat sihatnya Kayra pagi tu. Nak ikut jugak tok dengan wan pi kedai walaupun tak mandi pagi lagi. Naik motor wan, best ke Kayra ? Motor tu la yang mama dok bawak pi kelas masa sekolah kat Jitra dulu.


Mama suruh bergambar dengan kambing dekat-dekat tapi takmau pulak dia. Takut katanya. Memang sekarang ni Kayra susah sangat mama nak ajak bergambar. Boring ke ?



Mama paksa jugak Kayra bergambar di depan rumah tok dan wan ni. Ini rumah wan dan tok kita Kayra, dan inilah kenangan masa kecil kamu.




Ini pulak aktiviti Kayra kat kampung selain daripada sembang-sembang dengan wan. Kayra suka melukis. Dah banyak kemajuan dah lepas masuk school ni. Kayra memang suka melukis dan colouring. Mama biar saja kalau dia nak menyonteng dengan pensel ni. Lukis la nak.... Cuma nasib baik setakat ni dia tak ada menyonteng dinding lagi. Sangat seronok jadi budak-budak kan? penuh dengan kreativiti, bila kita dah semakin tu, 'kekreativitian' tu makin hilang sikit demi sikit. Jadi, biarlah anak-anak kita gunakan kreativiti mereka sebaik mungkin masa muda-muda ni. Otak fresh lagi depa tu, dan kita pun tumpang seronok tengok gelagat depa yang sangat keletah.

Tengahhari tu kita gerak balik Nibong Tebal. Wan tak ada di rumah, tinggal tok saja. Kesian tok kita Kayra, kita balik tinggal tok sorang-sorang.

Singgah Sunway Carnival (sempat lagi tu...). Papa cakap nak pi kedai buku Popular kat situ (Popular ke MPH ntah) sebab nak beli Peter And Jane series 3 untuk Kayra tapi kita tak pi pun sebab lupa. Pasal ni la, makan kat sini. Dah kenyang terus lupa apa nak cari.


Kan hari tu mama cakap nak ajak Kayra dan papa makan kat sini. Ha, hari ni kita mai jugak. Kan mama dah cakap ....


Mereka berdua di meja makan. Pandai ke kamu nak order ni sayang ?


Kayra takmau makan katanya. Mama suruh duduk diam-diam. 


Cakap tak mau makan tapi dah sampai makanan dia yang sambar dulu. Tapi sikit je Kayra makan. Lepas tu macam-macam perangai dia buat. Nak tidoq la, penat la. 


Inilah dia sebabnya mama geram bila Kayra takmau duduk kat meja diam-diam. Sebab Kayra ganggu mama nak concentrate makan benda alah ni la. Tapi mama tak boleh makan banyak-banyak la sebab dah kenyang makan tengahhari tadi tu. Tok masak kari kepala ikan sedap la....
Lepas makan kita balik sebab mama kena ready pakaian kita esok. Kayra nak pi school dan papaMama nak pi ofis.


So, we end our 3 days holiday with love and you will miss it .....

4 comments:

Siti Hajar said...

amboi p round two nampak? hehe..
kak ida, gambar no 8 tu POLIMAS ka?

syarida said...

Ya, POLIMAS. Sekolah lama kak ida...hehehe...

Unknown said...

cik efa pun sekolah sama ngan mama kayra jugak, masa tu kayra lom ada lagi. cik effa kt sana tahun 1996-1998 n sambung belajar pun kt sana jugak tahun 2010-2011.

syarida said...

wah....sama sekolah la kita kak efa.... :)

Post a Comment