Monday, 27 August 2012

Malam Raya

Tahun ni kita beraya kat Jeneri. Rumah Wan, kampung mama. Wan tu ayah mama dan tok tu mak mama. Orang Kedah panggil wan atau tok wan sebagai gantinama datuk dan tok pulak untuk nenek. Mama orang Kedah dan papa pulak orang Perak. Walaupun papa orang perak, Kayra tak panggil pulak opah untuk gantinama nenek macam orang Perak yang lain, mungkin kat Taiping panggil macam tu kot. Mama pun tak tau. Nanti kita tanya Tok Honey.
Macam biasa, bulan-bulan Syawal ni mesti ada cerita raya kan ? Mama pun nak cerita la cerita raya kita. Walaupun biasa-biasa saja tapi nanti Kayra mesti nak baca jugak cerita raya kita kan. Ok, malam tu, malam sehari sebelum malam raya. Kita keluar pekan Jeniang tau. Saja nak tengok kemeriahan malam. Bercahaya malam tu, tapi macam tak ramai orang sangat la, mungkin ada yang masih dalam perjalanan balik ke kampung kot.

Tapi dah ada gerai-gerai yang dok melelong kuih-kuih raya. Macam biasa la, dan sama macam di tempat-tempat lain jugak, hujung-hujung dekat nak raya mesti ramai peniaga yang buat jualan penghabisan stok kuih raya. Kalau nak beli kuih raya time-time ni memang murah gila lah.
Tapi kat gerai kuih tak menarik sangat. Yang menariknya kat sini ha. Kat sini orang jual mercun. Mesti kita singgah punyalah. Tengok dan banding harga. Banyak gerai mercun. Tak puas hati kat sini, kita pindah tengok kat gerai lain pulak.
Eh, yang nampak berminat sangat tu bukan anaknya, tapi bapaknya. Belek-belek, last-last dapat gak sambar dua tiga jenis. Orang lain kat kat rumah sibuk buat ketupat la apa la, kita kat pekan beli mercun. Tak apa, biar depa sepahkan dapur dulu, sat lagi kita balik, kita kemas pulak,.

Kayra dapat jugak beg silang murah ni. Saja seronok-seronok beli. Warna shocking pink tu memang favourite dia la tu. Esok boleh la letak duit raya dalam ni. Bab-bab beli benda merapu ni memang mama suka la. Anak perempuan, sorang pulak tu, ada saja la yang mama nampak.
Ini cerita malam raya pulak. Semua orang dok sibuk kat dapur, kita pulak boleh pi bejalan kat rumah mak lang. Sebabnya, papa nak main bunga api. Macam biasa, sat lagi kita kemas rumah. Lagipun pakcik ada kat rumah nak tolong tok apa-apa. Mak lang tolong suapkan Kayra makan sebab biasala Kayra, orang puasa dia pun puasa, bila orang makan berbuka, dia tak nak makan pulak. Nasib baik la mak lang tolong suapkan, nak harapkan mak dia.....Tu , telinga tu tutup sebab bunyi mercun kuat sangat la...


Meriah la suasana malam tu dengan bunga api dan mercun. Walaupun bising tapi sangat seronok. Kayra takut, mercun dan bunga api yang papa beli, papa main sendiri. Kita lepak rumah mak lang sampai pukul sebelas, lepas tu balik sambung mengemas rumah tok pulak.
Lambat jugak tidur malam tu tapi esok kena bangun pagi pulak, maklumlah...kan dah raya. Selamat Hari raya semua....

1 comment:

  1. kak ida..xde kredit nak reply mesej kak ida..betul la kak ida..kak ida bgtau tadi diana br tu tau..tekejut giler..mmber2 pon byk xtau..td fariz br bitau kat mber2..tq kak ida..sedih nyer..

    ReplyDelete