Tuesday, 21 August 2012

Emping Jagung....

Kuih raya yang paling senang nak buat. Tapi itu sajalah yang mama mampu nak buat. Kebarangkalian untuk tak menjadi tu hampir tak ada tapi kuih ni sangat sedap. Jadi kegemaran ramai ni. Semalam tak boleh nak tidur. Tak tahu kenapa tapi tak rasa mengantuk lansung. Mula-mula mama kemas baju Kayra masuk beg untuk bawak balik kampung beraya, pastu pilih-pilih baju kurung yang dah takmau pakai lipat-lipat masuk beg untuk bawak balik kampung, pastu dah settle tak tau apa lagi nak buat (padahal nak mengemas rumah malas),  mama pun terfikir nak buat lah kuih conflakes bermadu ni. Barang semua dah ada, cuma tunggu rajin je nak buat.

 Tengok jam tu. Dah pukul dua setengah pagi tau, bukan dua setengah petang. Tapi suasana kejiranan sangat meriah bunyinya. Tak tahulah orang belakang ni nak balik kampung ke baru bangun sahur sebab dengar suara budak menyanyi lagu balik kampung dan bunyi ketang-ketung macam tengah masak kat dapur.
 Ala senang je nak buat. 'Piece of cake' kata orang putih atau orang melayu cakap 'kacang je' , orang Perak cakap senang bebenor, orang perlis cakap mudah tak sangga. Melalut lagi mama ni. Butter, campur honey, gula sikit ambik syarat, campur semua, masak bagi cair  pastu tuang atas cornflakes. Gaul-gaul sampai bercampur aduk semua pastu sudukan masuk dalam paper cup. Tabur yang colour-colour ni orang panggil apa ntah, pastu bakar dalam oven 5 minit 160 darjah celcius (bukan farenheit tau). Dah siap.
 Sangat cantik dan membakar jiwa. Sedap. Ni Kayra tak tau lagi ni, kalau dia tau rasanya sekejap-sekejap mintak. Chocolate rice colourful ke apa orang panggil tu (mama tak ingat la nama dia), sekejap-sekejap mintak. Katanya princess makan benda tu. Kena lah mama simpan benda tu tinggi-tinggi.
 Bakar dalam oven. Jangan lupa reheat oven dulu. Bakar lima minit je tak payah lama-lama. Eh, kenapa cermin oven ni macam ada minyak ek?  Petang sat lagi mama kena cuci la ni. Tak perasan.
Dah bakar tu, selesai lima minit. Keluarkan dari oven. Agak sejuk sikit barulah kita susun dalam tupperware. Jangan masukkan panas-panas pulak. Tunggu sejuk. Sambil-sambil nak tunggu sejuk tu mama sempat lagi bakar yang lagi satu batch.
Wah !   Senang sangat kan ?  Dah lama tak buat kuih raya. Ini je la yang mama mampu buat untuk bawak balik raya kat kampung tahun ni. Tak la malu dengan orang kampung asyik bawak balik kuih raya beli saja.
Bangga pulak mama rasa. Hehehe....

No comments:

Post a Comment