Wednesday, 1 August 2012

Naza ajak berbuka...

Dah jemu berbuka dengan belian bazar ramadhan (masak belum jugak...), papa ajak kita berbuka kat luar. Kata papa, dia teringin nak makan buffet ramadhan kat hotel. Mama kat ofis masa tu, papa dok tanya-tanya. Tak dan berapa minit, papa cakap papa dah book berbuka kat Naza Hotel. Kenapa Naza hotel ?  Sebab kita dah pernah berbuka kat situ tahun lepas dengan paksu dan mak su. Tapi masa kita pi dulu tu, time weekends tak tau pulak macammana kali ni sebab kita pi weekday. Tak apa lah, kita try tengok dulu macammana. Asalkan ada nasi, tak ada masalah untuk kita. Berbaloi ke tak berbaloi dengan apa yang kita bayar, hadap ajalah nanti..

Mula-mula kita sampai, kita parking kereta dulu. Of course lah kan. Hehehe..Parking kat basement. Parkara pertama yang wajib buat ialah papa haruslah confirmkan tempahan berbuka yang dah buat pagi tadi. Ada nama kita, lega. Kalau takdak, kita berbuka  kat restoran nasi kandaq sajalah. Nasi kandar panas-panas berasap lagi , kuah campur taruh atas nasi kasi lencun, letak ayam goreng, sayur sikit, papadom...huish..terbakar jiwa. Tapi tu kalau tak ada nama lah kan. Dah confirm nak berbuka kat sini pun dok berangan makan nasi kandaq. Apalah mama ni.
Ok, berbalik kepada cerita kita. Dah settle pasal booking apa semua tu. Kita masuk kat tempat makan. Bukan meja, bukan kerusi dan bukan makanan yang buat Kayra terpegun, tapi laut , Kayra nampak laut. Terus dia lari keluar, Risau mama takut dia lari tak tengok bawah, jatuh pulak dalam kolam. Cantiknya permandangan. Tengok dalam beg ada tak kamera, gagau-gagau dapat kamera. Bergambarlah kita. Nak tunggu lagi ?
Tapi takleh lama-lama, masa untuk berbuka dah dekat.
Duduk kat kerusi, tunggu papa ambik minuman untuk mama. Peti aiskrim baru dibawak masuk. Time ni la baru nak  setting semua. Dah merengek Kayra nak aiskrim. Bukan Kayra saja, semua anak-anak kecik dok berlegar kat peti aiskrim. Dah boleh ambik, mama scoop kan Kayra aiskrim.  Dia makan sikit saja, geram betul mama. Masa mintak tadi macam dah setahun tak makan aiskrim.
Apa ?  Nasi atas tu ? Nasi mama. Sikit saja. Mama makan nasi putih saja dan lauk-lauk tu. Ini pinggan yang pertama.
Nur Kayra sangat suka sup, kalau ada mi lagi dia suka. Dia bukan penggemar nasi macam mama tapi dia adalah peminat tegar mi dan pasta. Dan jagung juga. Kat sini malam tu, mula-mula Kayra makan sup dengan nasi, lepas tu mi sup dan kemudian dia hirup kuah sup saja. Wah, tapi makan tak banyak sebab ini budak sangat cepat jemu dan dia tak boleh kekal dengan sesuatu benda atau perkara lebih dari 5 minit. Kecuali tengok cd princess Barbie.
Papa ? Papa makan banyak malam tu tapi please lah papa. Asyik merungut pilihan makanan tak banyak. Memanglah dulu banyak sebab mungkin kita pi hujung minggu. Ada kambing bagai. Tak apa, walaupun pilihan tak banyak tapi sedap. 
Lepas makan nasi mama makan itu, mama makan ini , mama minum itu, mama minum ini. Dah agak kenyang sikit, mama makan salad. Slow-slow kita stop makan. Takleh berenti mengejut, nanti tak puas. Slow-slow, suap pun pelan pelan. Sambil mulut tegur Kayra itu ini (kesian Kayra), last-last habis jugak sepinggan. Huh, banyak betul makan. Tak boleh jadi, lepas ni kena betulkan nawaitu balik. Lepas makan-makan ni la. Makan dulu baru betulkan nawaitu. :)


Kalau tak salah mama, hotel ni owner dia melayu kan ? Kalau mama salah betulkan mama k. Sebenarnya makan secara buffet ni tak sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan  berniat untuk berdiet (macam mama). Tapi nak buat macammana, papa tu. Nak ajak jugak. Bukan salah mama.  Dah la ajak, makan buffet, pastu dok bising-bising lak mama makan banyak. Kalau tak makan rugi la. Kan? Makanan banyak tu...
Time nak bayar tu papa dok cakap-cakap dengan cashier tu pastu sambil tunjuk-tunjuk kat depan. Tak tau la apa yang depa dok sembang. Hmm, masa berbuka tadi ada la foreigner dan ada jugak orang tempatan. Tapi tak ramai la. Tahun lepas masa kita datang ramai. Mungkin hari bekerja memang orang tak ramai kot.
Cik Kayra tak payah cakap la. Lari sana, lari sini. Tak kuasa mama nak kejar-kejar dah. Risau jugak takut dia jatuh ke apa. Susah sangat la nak bagi mama peluang duduk diam-diam rehat tenangkan minda sambil layan perasaan. Ewah, dah kenyang tu asyik fikir nak bermalas aje dak ?
Ternampak pulak replika ni kat depan receptionist. Macam kenal saja. Pi dekat, la betul la. Ni replika feri yang bapak Hajar dok buat ni. Hajar tu kawan ofis mama. Ayah nya ambil tempahan buat replika feri ni. Kreativiti yang boleh buat duit. Mama sangat kagum dengan orang-orang yang minat seni ni, tangan yang sangat 'jackman'.
Ha, kat situlah terletaknya replika feri tu. Kat depan receptionist. Nampak tak Hajar?  Ni dia mesti bangga ni.  Copy la gambar-gambar ni Hajar, mak rela. Awww...
Feri kan salah satu simbol Pulau Pinang. Negeri lain mana ada feri. Feri besaq macam ni la. Kalau tempat lain ada sampan atau bot je kot. Dah lama kita tak naik feri kan?  Eh, tetiba...
Papa nak tanya ada tak bilik nanti masa cuti nuzul Quran. Tapi dah penuhla pulak. Papa nak bawak kita duduk hotel la, tapi tak dapat sebab dah penuh. Takpa, kita balik kampung je lah time tu papa. Dah lama tak jumpa wan kan ?
Dan cik Kayra masih berlari-lari di hujung sana. Tadi hujung sebelah sini, sekarang hujung sebelah sana. Kali ni ada kawan lagi la sakan. Kayra kat luar macam terlepas sangkar pulak mama tengok. Lari tak henti-henti. Pulak tu ada kawan, makin menjadi la dia. Seronok dia bila dapat kawan baru. Ye lah, kat rumah dia sorang-sorang saja.

Dah habis cerita makan. Mula-mula nak cerita pasal berbuka saja tapi meleret-leret pulak mama cerita. Dah jadi bukan cerita dah tapi bebelan. Ala, biasa la orang perempuan sekali-sekala. Cakap banyak sikit dah kata ramah, kalau diam kata sombong pulak.
Tapi, jangan panggil mama minahleter cukup la. k

1 comment:

  1. Yeah !! bangga nya saya..
    kembang kucup hidung nih hehe

    ReplyDelete