Aish mama, tahun ni dok tayang cerita berbuka kat luar saja. Memang pun, memang mama tak masak sepanjang ramadhan kali ni. Bukan tak masak lansung, cuma ada la sekali dua saja. Itupun buat menu simple macam bihun goreng, sambal udang sikit-sikit tu saja. Hari-hari yang selebihnya, kita beli kat bazar ramadhan atau kita makan kat luar. Sebab tu tak banyak cerita kita masa bulan ramadhan ni, segan mama kalau dok tayang-tayang lauk beli. Orang lain elok je cerita masak itu masak ini, takkan kita plak nak tunjuk beli lauk itu, beli lauk ini. :)
Ok, hari tu 3 hari bulan Ogos, pagi lagi papa dah text mama ajak berbuka kat luar. No problem kata mama tapi kat mana ? Papa cakap dia nak berbuka kat bukit merah. Last year kita ada berbuka kat sini. So petang tu, mama ambik kayra awal kat kindy, mandi-mandi rehat-rehat dan kita gerak ke Bukit Merah dalam pukul 6.45 petang. Kita sampai dalam pukul 7.25. Dah sampai Kayra terus cakap, tak mau mandi mama. Kau ingat apa bawak malam-malam mai sini ingat nak mandi kat taman tema ke hapa ? Sempat lagi mama snap gambar Kayra kat tepi tasik sebelum berbuka.
Bukit Merah Lake Town Resort. Siapa yang punya ? Mustapha Kamal yang punya. Kalau tahun lepas kita ambik table kat dalam, dek kerana kesukaran (tak la sesukar mana pun, jauh je la sikit), makanya kali ni papa mintak table kat luar. Nak kata dekat, tak la dekat sangat dengan tempat ambil makanan tapi mudah la sikit, tak payah tolak buka pintu.
Pinggan mama. Penuh. Penuh dengan lauk saja lah pun. Harus diingat, niat nak berdiet tu harus tetap disemat di dalam hati. Ambik nasi sikit saja. Paling banyak pun untuk enam kali suap saja. Yang lain lauk pauk banyak sikit tak apa, mesti kurang makanan berminyak. Bila tengok pinggan mama ( tak berminyak la sangatttt kau lauk-lauk tu, sampai boleh lap dengan tisu dah minyak-minyak ), mama rasa selamat lah jugak makanan mama ni. :)
Nur Kayra makan apa ? Soto ayam but no chillies, no nasi impit. Cuma nak kuah sup, isi ayam yang diracik-racik dan suhun goreng. Dua mangkuk dia makan. Mangkuk ketiga dia nak lagi, tapi suhun dah habis, mama letak nasi putih, terus taknak dia. Selera dia makin menjadi-jadi bulan puasa ni. Tak kisah la Kayra, tembam sikit pun tak apa, tapi jangan lah tembam sangat nanti tak comel.
Papa makan nasi jugak, makan soto jugak, kuih-kuih lagi. Air bergelas-gelas. Sebelum balik sempat lagi secawan teh tarik. Tu belum buah, cucur udang, rojak dan macam-macam lagi yang mama tak sempat nak tulis kat sini. Tak larat mama nak taip. Banyak sangat. Bila cakap papa dah gemuk, mesti papa balas balik katanya tak apa, papa tinggi, gemuk pun tak nampak sangat, ada lagi kawan yang lagi gemuk dari papa. Iyo lah tu...
Mama tak gemuk tapi mama sangat besar. Tak mau lagi mama makin besar. So, ramadhan ni memang mama ambik kesempatan kurang kan berat badan. Teringat dulu time belajar, mama pakai saiz S saja baju, sekarang ni, XL pun belum tentu masuk elok ke badan. Jadi, mama kena sungguh-sungguh sangat untuk kurangkan apa yang berlebih kat badan ni. Memang wajib kena. Tu nampak tu, sepiring masak merah ayam, sangat sedap. Selalu mama makan, masak merah ayam letak kentang, kali ni chef Bukit Merah letak betik. Dah ambik sikit letak dalam pinggan, rasa sedap ambik lagi sampai sepiring. Apa nak katakan, rezeki dari tuhan...
Yang ni kalau tak makan memang mama akan menyesal dan teringat sampai berminggu-minggu. Rojak buah dengan kuah rojak yang sangat sedap. Tapi sayang sikit sebab mama ambik lambat, buahnya tinggal sikit saja. Nenas pun tinggal 3 ketul saja. Tapi tak apa lah, cukup lah tu untuk hari tu. Tu pun dah kenyang sangat dah rasa.
So, macammana ? Adakah gaya penceritaan mama saya semakin baik atau bertambah teruk ? Mama kalau cerita pasal makan memang suka yang amat. Nak nak pulak kalau makanan tu sedap pulak. Memang tak rugi lah datang makan tapi walaupun tak ada kambing, kami puas 'gila' makan malam tu.
Berbuka malam ni papa ajak beli kat bazar ramadhan lagi. Tapi kat mana pulak lah kali ni......
Berbuka malam ni papa ajak beli kat bazar ramadhan lagi. Tapi kat mana pulak lah kali ni......
1 comment:
hahahahahaha....macam2 la ko ida.....
Post a Comment