Puan Hamidah tu ex boss mama. Dia buat open house hari rabu malam minggu selepas kita balik raya. Buat kat Taiping. Malam tu mama siapkan kayra. Tocang rambut lagi. Kita bertolak ramai-ramai sekali dengan kawan mama.
Dalam perjalanan kayra tidur. Mama suruh kayra minum susu. Apalah mama ni, kan kita nak pi makan-makan, awat suruh kayra minum susu ? Nanti kalau kayra dah kenyang, kayra nakal-nakal mama nak marah pulak...Berkali-kali mama pesan kat kayra suruh behave masa kat rumah orang. Ok la mama, kayra kan budak baik..
Dah sampai kami jumpa tuan rumah. kayra dapat duit raya lagi. Tuan rumah bagi dui raya sebelum makan. Hehehe...
Ada macam-macam lauk pauk dan makanan. Kayra duduk sebelah papa dan mama. Kayra tak makan sangat Ye la, kan dah minum susu kat dalam kereta.Itulah mama, lain kali jangan la bagi kayra kenyang dengan susu sebelum makan...
Sebelum balik, Puan Hamidah ajak mama dengan kawan-kawan mama masuk rumah dia dulu. papa ajak kayra tunggu kat kereta. Kat dalam rumah tu, mama bergambar tanpa kehadiran papa dan kayra.
No comments:
Post a Comment