Thursday, 8 September 2011

Berakhirnya raya di kampung, akhirnya kita berangkat pulang...

Kita balik pada hari raya keenam. Kami naik kereta berempat dengan maksu. Paksu tunggu kami kat sungai petani. Kami nak singgah makan kenduri dulu kat taman Ria rumah Tok Su. Kenduri tu kenduri kahwin anak toksu, mak ngah hafiza sepupu mama.
Lepas kenduri, kami tak balik terus sebab paksu ajak papa makan mi udang dulu kat Pulau Sayak. Makan lagi.
Lepas makan baru kami balik ikut jalan lama sebab takut jammed.


Cantiknya Mak ngah Hafiza. Tingginya berbanding mama. Mak ngah ni anak kedua tok su. Toksu adik Tok Kayra.


Mama dan Papa Kayra. Dah kenyang pun nak makan lagi


Kayra pakai gaun hari tu. jarang sangat mama pakaikan kayra gaun tau..


Papa dengan kayra. Jangan marah-marah kayra tau papa, kayra kan kanak-kanak lagi..


Maksu dan pak Su pengantin baru 3 bulan.


Risau je takut kayra terjun kat dalam air tu, nasib baik ada bodyguard.


Macam lapar sangat padahal baru ja makan nasi kenduri.


Siap ada udang tambahan untuk ratah-ratah.


Pinggan mama yang luak jugak walaupun dah kenyang. Tinggal udang ja yang yang berenang-renang tunggu untuk masuk dalam mulut.


Monumen peringatan untuk peristiwa Tsunami.

No comments:

Post a Comment