Tuesday, 13 September 2011

Papa yang rajin dan budak merajuk

Hari sabtu pagi-pagi lagi papa dah bangun cakap nak kemas rumah. Sementara papa intro kemas-kemas, mama masak. Mama cakap kat papa kita makan berat sikit pagi ni sebab banyak tenaga nak guna. Kayra masa ni tak bangun lagi, subuh tadi mama dah buatkan susu, sambil mata terpejam susu masuk ke perut pastu terlajak lama sikit la bangun pagi tu.
Bangun-bangun dia dah dapat satu aiskrim. Mama mandikan dia, hidang nasi pastu kami tiga beranak sarapan dulu. harap-harap tak mengantuk sebab pagi tu menu nasi lemak.
Tengah mamapapa mengemas dia pulak merajuk sampai bawak diri kebelakang langsir. Mama pujuk sekejap dengan kartun terus ok.
Dah mengemas kat bawah siap mop lantai papa dah surrender penat. Naik atas dan tidur. Mama carry on lipat baju. Mandi sekejap sampai la dengar suara papa dari luar bilik air...
"mama, temankan papa pi Pulau sekejap, ada kerja"
So, kerja mengemas terenti setakat itu sahaja hari sabtu. Tingkat bawah je yang sempat. Papa cakap, esok kita sambung dan kita tengok je la sambung ke tak sambung....








No comments:

Post a Comment