Sunday, 18 September 2011

Kayra Dan Merdeka Satu Malaysia

Merdeka ! kayra sambut kemerdekaan ke 54 tahun ni kat Butterworth Pulau Pinang sempena sambutan peringkat negeri. Banyak bendera, banyak lagu patriotik. tapi orang tak ramai sangat, kenapa ? 
Hari tu macam-macam yang kayra tengok, macam-macam colour dan macam-macam orang.
bangga la jadi rakyat Malaysia.


Ini 'banner' Hari Kemerdekaan bagi sambutan yang ke 54 tahun.


'Jalur Gemilang' berkibar dengan semegah-megahnya hari tu.


Ini kontigen dari JKR. Ada jugak kawan-kawan mama yang terlibat ni.


Kereta rasmi yang TYT Penang naik masa datang sambutan hari tu.


cewah !!! Gadis merdeka bergaya bersama topi.


Time ni kayra dah start boring. Mula-mula berjalan sana sini, lari lari, duduk, merangkak last-last meniarap. Pening mama.


Paksu terlibat jugak dengan perbarisan sebab tu maksu ada sama. Maksu la yang tolong layan kayra pagi tu. 


Dahaga, kayra rehat sat minum susu. Mama pun pangkulah kayra kat tengah-tengah orang ramai.

Lepas tengok perbarisan semua, PapaMama, kayra dan paksuMaksu lepak sekejap kat dalam kfc sebelum kami bertolak ke Pulau naik bridge.
Cadangnya papa nak bawak kayra pergi toy muzium tapi macam tak sempat je. hari ni kan jumaat papa dan paksu nak solat jumaat hari ni. 

Malam ni kami nak bermalam kat Pulau.....

No comments:

Post a Comment