Monday, 5 September 2011

Beris Star Cruise

Kita balik kampung mama tengahhari raya kedua. Dah petang baru sampai kat rumah Wan. Semua orang dah tunggu Kayra. Kayra miss u all very much. Takda cerita apa sangat. Tapi esoknya we all ada plan baik punya...
Pagi raya ke 3, kitaorang sepakat semua nak outing dan buat aktiviti riadah. Pagi tu semua orang makan kenyang-kenyang, packing barang dan kitaorang bergerak semua 3 buah kereta. wan dengan tok duduk kat rumah.
Semua orang ikut kecuali family maklang, family pakcik, abah dan abang Syahir. Family maklang balik beraya kat rumah paklang, pakcik tak sampai lagi dan abah & abang syahir kena balik cepat ke Perlis. Abah balik dulu tinggalkan ummi balik dengan  abang Rabani Esoknya.
Kami kemana ? We all nak naik star cruise Beris keliling tasik dan kami rancang nak berkayak pulak lepas tu. Beris ni dekat je dengan rumah wan dengan perjalanan lebih kurang 20 minit. Rumah family paksu dekat-dekat situ la ...
Bila sampai we all ready je sementara nak belayar. Lepas tu kami dijemput ke majlis hari raya pulak kat seberang tasik tu. We all ok kan je.. Semua dapat makan free...
Masa perjalanan pergi semua ok sebab kami je kat atas bot tu. Actually bukan bot, macam pelantar berbumbung je. Masa balik kami  share bot tu dengan satu rombongan sekolah anak yatim yang dijemput ke majlis tu jugak.
Lepas rombongan tu turun, kami semua diajak sekali lagi pusing tasik. Berganda-ganda seronoknya kami.
Turun dari bot tu, semua sembahyang zohor dan sambung berkayak pulak.
Petang tu hujan, baru kami berenti berkayak. Nasib baik hujan, kalau tak hujan....???























No comments:

Post a Comment