Alor Setar tu ibu negeri Kedah. Sejak kayra lahir kayra pernah sekali je pergi sana. Raya kali ni papamama bawak kayra pergi Alor Setar lagi sebab papa nak beraya kat rumah kawan dia. Mama ajak kakak ainna dengan abang Fikri ikut sekali.
Hari raya ke 4 tu hari Jumaat. Kami bertolak dari rumah pukul sebelas. Sampai di satu masjid kat alor setar papa dengan abang fikri singgah sembahyang dulu. Lepas tu macam awal lagi, papa bawak kami pergi tengok airport sekejap. Airport tak ramai orang sebab semua masih bercuti raya kot.
Lepas tu kami pergi rumah kawan papa, makan-makan dan kutip duit raya.
Lepas tu kami ingat nak pergi muzium padi sekejap tapi sayang tutup pulak. Pusat sains pun tutup jugak. Kayra dapat tengok sawah padi saja.
Kami singgah supermarket sekejap sebelum balik. Mama belikan kayra patung kucing seekor untuk temankan mickey mouse kayra kat dalam kereta.
Dah tak ada apa nak buat lagi, kami pun balik.
Nanti suatu hari kami nak jugak spend satu hari di Alor Setar melawat tempat-tempat menarik kat sana. Kedah banyak tempat cantik-cantik.
*** Kuning padi disawahan, dingin kabus dibanjaran, kicauan burung di sudut taman, indah satu ciptaan ***

No comments:
Post a Comment