Thursday, 29 September 2011

Maafkan mama , tuan rumah.....

Mama tau mama bersalah. Mama mintak maaf. Mama harap mama tak buat lagi.
Mama tak boleh lawan perasaan.
Mama teringin....

Mama tak dapat menahan keinginan mama memilikinya...
mama dah cuba ubah fikiran
dah berkali-kali mama pujuk hati supaya batalkan niat mama
tapi tak boleh...

akhirnya...
setelah sekian lama menahan akhirnya hari ini terlerai juga...
mama beli juga...

Tupperware baru ...


Barang yang sama pada kedudukan yang berlainan..


Kawan-kawan tupperware yang sediada...
tengok kat tingkat bawah tu belum sempurna lagi kan ??
berterabur...
takpa, nanti mama makeoverkan...

hehehe...


p/s : papa, saja nak bagitau...
kononnya, orang yang paling malang di dunia ini adalah orang yang tidak mempunyai kenangan.
ya, mama pun rasa begitu..
asalkan kenangan yang baik
kitalah orang yang paling bahagia
kerana kenangan ini
kita akan menjadi orang yang bahagia seumur hidup



Balik kampung Hati Girang

Lepas raya kita tak balik kampung lagi. Rasa rindu pulak. Kayra dah sebut-sebut tok dan wan. So hari jumaat lepas office hour kita pun bertolaklah ke kampung.
mama kata mama rindu, kayra pun rindu tau...
Balik kampung dapat main kat padang puas-puas, tak la kayra asyik terperuk je kat dalam rumah.
Kebetulan maksu dan mak anjang pun balik jugak
kayra dapat la happy-happy dengan depa.













Tuesday, 27 September 2011

Kayra bakal ke kindy lagi seminggu

Hari-hari mamaPapa cakap kat kayra, 'nanti bulan sepuluh kayra dah tak pergi rumah mama Azie dah tau, kayra  akan pergi school..'
Hari-hari mama cakap benda yang sama, dah naik muak dah rasanya kayra dengar.
Ada hari tu mamaPapa bawak kayra pergi kindy tu saja nak kenal-kenalkan kayra dengan tempat baru.
Ok je nampak kayra, cuma dia tak pandai nak berkawan-kawan lagi sebab masih baru.
Sementara mamaPapa uruskan hal pendaftaran kayra, teacher Pratibha suruh kayra main-main dan tengok-tengok mainan yang ada kat situ.
Kayra jugak kena try uniform baru tapi besar la baju tu, mama request saiz yang lebih kecil tapi tak ada. nampaknya kayra terpaksa lah pakai baju yang besar sikit.
Belasah je la ....














Tengok Bandar Georgetown Dari Tingkap Bas

The wheels on the bus go round and round
Round and round, round and round
The wheels on the bus go round and round
All through the town.

The wipers on the bus go "Swish, swish, swish,
Swish, swish, swish, swish, swish, swish"
The wipers on the bus go "Swish, swish, swish"
All through the town.

The door on the bus goes open and shut
Open and shut, open and shut
The door on the bus goes open and shut
All through the town.

The horn on the bus goes "Beep, beep, beep
Beep, beep, beep, beep, beep, beep"
The horn on the bus goes "Beep, beep, beep"
All through the town.

The gas on the bus goes "Glug, glug, glug
Glug, glug, glug, glug, glug, glug"
The gas on the bus goes "Glug, glug, glug"
All through the town.

The money on the bus goes "Clink, clink, clink,
Clink, clink, clink, clink, clink, clink"
The money on the bus goes "Clink, clink, clink"
All through the town.

The baby on the bus says, "Wah, wah, wah!
Wah, wah, wah, wah, wah, wah!"
The baby on the bus says, "Wah, wah, wah!"
All through the town

The people on the bus say, "Shh, shh, shh,
Shh, shh, shh, shh, shh, shh"
The people on the bus say, "Shh, shh, shh"
All through the town.

The mommy on the bus says, "I love you,
I love you, I love you"
The daddy on the bus says, "I love you, too"
All through the town.









Ini kali pertama kayra naik bas aka pengangkutan awam.

Naik dari Cititel hotel Penang ke Padang Kota. 

16 September 2011.






 

Puteri Duyung PapaMama

Masa kat cititel kayra mandi kolam. Papa ada jugak ajar kayra berenang sikit-sikit. 
Tapi kayra takut air la.
Kayra cakap kat dalam kolam tu ada 'fish'. Tapi lama-lama papa pujuk, nak jugak kayra berendam dengan papa sambil peluk leher papa kuat-kuat.
Mama dapat celup-celup je kaki kat dalam kolam tu, tak dapat nak mandi. Segan la. Papa pun mula-mula tak dapat join kayra berendam sebab tak pakai swimming wear, tapi penjaga kolam tu cakap, bolehla papa mandi pakai t shirt kalau foreigner takda. kalau ada, dia minta papa berenti mandi. 
Nasib baik la takda gangguan masa kayraPapa mandi kalau tak, mesti kayra rasa tak best kan ??











Monday, 19 September 2011

Kayra bermalam Di Cititel

Seperti yang dijangka kami tak sempat pergi toy museum. Takpa lah kalau tak sempat. Sebab hari ni jumaat, papa dengan paksu nak solat jumaat lepas tu kami nak check in hotel lagi. Kayra tinggal kat selatan Penang, boleh datang pulau tiap-tiap hari tapi kenapa nak check in hotel lagi ? kenapa tak balik rumah je ?
Sebabnya malam  ni papa nak tengok artis kat padang kota. Apa-apalah papa, janji papa happy kan ? Kayra tak kisah sebab kalau kayra kat mana pun kayra ni happy je memanjang.
kami dah pernah tinggal kat cititel kota kinabalu, sekarang ni kami nak try cititel penang pulak. Tak tau la pengurusan hotel ni sama ke tak, tapi yang pasti namanya sama.




Dari tepi mama renung anak mama, dah besar pun kayra, dah nak masuk 3 tahun dah. Serasa masih baru je dalam dukungan mama. Teringat lagi masa dalam pantang asyik menangis saja, tepat jam sepuluh je menangis beria-ria sampai semua orang tak tau nak buat apa.



Dari jauh juga mama tengok papa dengan kayra. Dulu masa kayra baby, papa takut nak dukung kayra. tak pernah mandikan kayra sampailah umur kayra 2 tahun baru berani mandikan, teruk la papa ni.


Tersangatlah keletah budak ini, tak pernah diam seminit. Demam dan selsema pun jarang. Mama sangat-sangat bersyukur. Tapi menjaga anak yang lasak tak jadikan mama kurus pulak, tu yang pelik tu.


wow mama.... kayra cakap masa mula-mula masuk bilik ni. Bilik kita biasa-biasa je kayra. mamaPapa tak mampu lagi nak duduk bilik mahal-mahal.


Permandangan dari tingkap bilik kita, Ocean view. Jadilah....



Ini gambar masa kita nak keluar petang tu. Ada display barang-barang dari muzium kaca. Ada muzium kaca ke kat Penang ni ?


kayra panggil mama suruh tangkap gambar kat tangga ni.


Susah nak mintak dia duduk bergambar tapi kat sini bila mama suruh duduk senang pulak dia nak bergambar.


Banyak lagi nak diceritakan. Nanti mama sambung lagi k. 

Minta maaf

Mama diingatkan oleh seseorang tentang paparan mama di blog ini yang dia anggap sebagai tidak molek diceritakan. Mama tak ada niat sebenarnya, mama cuma nak pengalaman yang kita lalui sekeluarga diabadikan secara tersusun di dalam blog ini. Kita tak tau apa akan jadi pada salah seorang dari kita suatu hari nanti. Mama cuma nak memori ini dicatat di dalam satu tempat yang tiada orang lain yang boleh memindanya kecuali mama.
Mama nak bercerita pada kayra, papa dan mungkin anak mama yang lain dengan cara mama sendiri.
Harap-harap mama tidak mengganggu hati orang lain.
Kami tidak mewah, cuma kami mencari bahagian dengan cara kami sendiri.

Sunday, 18 September 2011

Kayra Dan Merdeka Satu Malaysia

Merdeka ! kayra sambut kemerdekaan ke 54 tahun ni kat Butterworth Pulau Pinang sempena sambutan peringkat negeri. Banyak bendera, banyak lagu patriotik. tapi orang tak ramai sangat, kenapa ? 
Hari tu macam-macam yang kayra tengok, macam-macam colour dan macam-macam orang.
bangga la jadi rakyat Malaysia.


Ini 'banner' Hari Kemerdekaan bagi sambutan yang ke 54 tahun.


'Jalur Gemilang' berkibar dengan semegah-megahnya hari tu.


Ini kontigen dari JKR. Ada jugak kawan-kawan mama yang terlibat ni.


Kereta rasmi yang TYT Penang naik masa datang sambutan hari tu.


cewah !!! Gadis merdeka bergaya bersama topi.


Time ni kayra dah start boring. Mula-mula berjalan sana sini, lari lari, duduk, merangkak last-last meniarap. Pening mama.


Paksu terlibat jugak dengan perbarisan sebab tu maksu ada sama. Maksu la yang tolong layan kayra pagi tu. 


Dahaga, kayra rehat sat minum susu. Mama pun pangkulah kayra kat tengah-tengah orang ramai.

Lepas tengok perbarisan semua, PapaMama, kayra dan paksuMaksu lepak sekejap kat dalam kfc sebelum kami bertolak ke Pulau naik bridge.
Cadangnya papa nak bawak kayra pergi toy muzium tapi macam tak sempat je. hari ni kan jumaat papa dan paksu nak solat jumaat hari ni. 

Malam ni kami nak bermalam kat Pulau.....