Everybody... sapa yang suka sangat pi makan mi udang Kuala Sepetang Gerai mak Jah tu, dah pi ka masuk dalam hutan Paya Bakau kat situ. Kayra dah pi tau hari tu tapi PapaMama tak bawak pun Kayra pi makan mi udang kat situ sebab ramai sangat orang. Pening kata papa sebab ramai sangat. Dah tu, sebab dah sampai area situ, papa bawakla Kayra dengan mama masuk hutan bakau.
First time Kayra datang sini.
Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan.
kikikiki
Kehijauan adalah bahasa alam yang minta diabadikan...
Serious cantik dan mama terpegun sangat...
Pastu kan... ada sapa ntah mintak tolong papa ambikkan gambaq depa. Lepas tu, kita plak mintak tolong depa ambikkan gambaq kita. boleh gitu ?
Cantik bangat. Sedangkan tengok dalam gambar pun dah cantik, inikan pula bila di depan mata.
Lokasi :
10 km dari Bandar Taiping dan 84 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Ipoh -Taiping. Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang terletak dalam Hutan Simpan Jebong.
kikikikiki...
tak tau apa yang tiba-tiba depa nampak. Ralit dok tenung...
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak
Tel. : 605-8072 672
Faks : 605-8067 743
kikikikiki
Berjalan perlahan-lahan sambil menikmati keindahan alam. anda pasti terpegun dengan ciptaan yang maha kuasa. Kata Kayra ....
Tak cukup dengan berjalan-jalan, dia nak berlari-lari pulak. Risau mama takut dia jatuh tersembam kat situ.
Dah lebih seratus tahun umur hutan ni...
Dengan itu, tamatlah lawatan Kayra hari ni ke Magrove Forest Larut Matang. Kayra sangat happy hari ni..
Sebelum tu, mama nak bagi tau cara-cara nak kesini bagi yang nak tau la kan...
Jika keluar dari tol changkat jering anda belok ke kiri selepas tol, kemudian ke kiri lagi menghala ke Simpang Empat dan Taiping (jalan lama ke Pulau Pinang) akan jumpa satu lampu isyarat anda terus aje, kemudian ada satu lagi lampu isyarat di pekan Simpang anda belok kiri kemudian terus sehingga ke kuala sepetang, kawasannya di sebelah kanan.
Ok, Selamat Bersahabat Dengan alam...
xoxoxo
1 comment:
dulu ada nak pi situ tapi dah lewat zam tak mau pi. La ni lagilah tak boleh pi sebab dhia kecik lagi. tunggu dhia besarlah baru boleh pi.
Post a Comment