Thursday 6 February 2014

Hello Kitty Town_ Perjalanan Pergi Yang Panjang




17 Januari 2013

Mama tak  sempat nak update. Sibuk sungguh sekarang ni. Ini cerita bulan Januari ok.
So,  'percutian' kali ini adalah percutian terancang yang pertama bagi tahun ini. Dipendekkan cerita, kita nak ke Johor. Segan jugak nak sebut perkataan percutian sebab selalunya 'percutian' kita cukup-cukup ada saja, budget saja kata orang, berbanding dengan orang lain kalau bercuti mesti nak bercuti kat tempat best-best, hotel mahal-mahal dan lain-lain yang lagi grand. Tapi tak apa lah kan, kita buat la dengan cara kita yang seadanya ini. Yang penting, Mama, papa dan Kayra dapat bersama-sama. Bila difikirkan, baik kita guna perkataan 'jalan-jalan' saja kan , Setuju ?

Hey, kali ni kita naik tren tau. Keretapi Express Rakyat , perjalanan bermula daripada Stesen Keretapi Parit Buntar dan berakhir di JB Central Johor Bharu. Boleh bayangkan perjalanan yang panjang dari utara ke selatan yang ambil masa lebih daripada 12 jam dalam tren. Dengar pun penat kan ?




Papa hantar kita ke stesen lepas tu papa pergi park kereta dia kat ofis dan kemudian mintak kawan dia pula hantar kesini. Lama jugak kita tunggu papa sampai keretapi hampir-hampir nak sampai. Nasib baik papa kita sempat jugak kan ?


Tengok tu, bila keretapi dah sampai, siapa yang dulu cari pintu masuk ?  Berlari-lari Kayra. Well, papa pun tak sabar ok. Kali ni lah perjalanan kita yang paling jauh dan paling lama dalam keretapi. Bukan saja Kayra, Mama dan papa pun teruja sama.


Ticketing man. Rasa macam tak sah ja kalau naik tren, tak tangkap gambar ticketing man KTM . Hehehe. Ini bukti kita naik keretapi secara sah tau...


Kelas satu. Memang luas dan selesa. Tapi bayangkan 12 jam dalam ni. Yang luas pun rasa sempit. Mula-mula duduk memang la Kayra behave saja. tapi bila dah berjam-jam, dia pun mula la buat perangai.


Dalam perjalanan jauh ni, boleh dikatakan telefon lah penyelamat. Anakku memang peminat gajet, macam papa jugak...


Agak-agak dah lama tu, kita pi la kantin keretapi ni. Boleh la hilangkan dahaga sikit.


Papa candid pulak gambar mama dengan berbondang-bondang kat tangan. Hahahahaha...



yieeehaaa... Itulah isinya kat dalam beg hitam tadi. Mama buat bekal untuk kita makan kat atas keretapi. Yelah, 12 jam kan ?  Ada cencaru sumbat, ayam goreng berempah dengan sardin. Puas pujuk kayra makan.



Akhirnya, setelah lebih 12 jam perjalanan, dari pagi bertolak, malam baru sampai dan dah berpuluh perhentian keretapi ni berhenti, sampai lah kita ke destinasi. Fewww.... Lap peluh..


Dah janji dengan Abang Syahir dia nak jemput. Dah cakap tak payah, nak jemput kita jugak dia tu. Takpa la. Kita duduk lah sekejap sementara tunggu dia sampai.


Dah sampai pun hotel. Sementara papa dok uruskan hal bilik. Kayra dengan mama duduk lah sekejap kat depan lobi ni. Mama perasan baju Kayra dengan papa warna merah, macam ikut tema Gong Xi fa Chai plak. Sama pulak tu dengan warna dasar sofa lobi hotel ni.    :)


No bilik kita 18-06.


Bilik kita. Biasa-biasa saja. Hotel pun bukanlah baru sangat. Lagipun kita bukannya nak duduk lama. Tapi luas la.


Bila selak langsir, permandangan ini lah yang kita nampak daripada tingkap bilik kita. Besar dan meriahnya bandar JB.


Ok, Kayra dah penat. 12 jam perjalanan bukan sekejap tau. Dua tiga kali Kayra tertidur sebab boring tak tau nak buat apa. Sekarang Kayra nak tidur sebab esok papa janji nak bawak kayra pergi ke tempat yang Kayra nak pergi sangat-sangat.



Ok sambung lagi nanti, sengaja mama letak kat bulan februari sebab tak mau bercampur dengan entry terkini. Banyak lagi cerita ni. Sehinggalah ketarikh mama update ni, dah merata kita pi tau... Sampai jumpa lagi...


....xoxoxoxo....

2 comments:

ladylily"s Kitchen said...

ni yang nak marah ni......dah mai johor tak caling2.....merajuk la camni....

syarida said...

Ala Lin... aku pi JB la. Kan jauh gak dengan tempat hang..? Lagipun aku naik keretapi je wei. Sekejap sangat aku pi sana. Next time aku bagitau kalau aku kesana naik kereta.

Post a Comment