18 Januari 2014
Pagi-pagi lagi kayra dah bangun pagi ni. Sebabnya kan papa dah janji nak bawak Kayra pi Hello Kitty Town. Sangat senang nak kejut kayra pagi ni, mama panggil sekali saja, lepas tu bagi botol susu, lepas minum terus dia bangun nak mandi.
Lepas madi dan siap-siap, kita turun bawah untuk sarapan. Makan bagi kenyang siap-siap sebab nanti kita sehari suntuk kat dalam building tertutup. Makanan kat dalam tu ada tapi mesti
Kayra tak akan makan dan kalau kita makan pun mesti ambik masa. Takmau takmau, hari ni kita mesti bergumbira dalam tu.
Kayra tak akan makan dan kalau kita makan pun mesti ambik masa. Takmau takmau, hari ni kita mesti bergumbira dalam tu.
Duduk sekejap, tengok tu Kayra, nak jugak dia bawak barbie dia kemana-mana. Puas suruh tinggalkan tapi dia nak jugak bawak. Ikut suka tapi nanti tinggalkan kat dalam kereta abang Syahir ok...
Sementara tunggu abang syahir kita round-round sekejap kat depan tu. Papa pun nak pi cari atm sat. Angin kuat jugak kat bandar JB ni tapi bukan sebab nak hujan, mungkin sebab dekat laut agaknya...
Dah sampai pun. Kita amik gambar di sini dulu sebagai port bergambar yang pertama.
Abang Syahir dan kawannya join kita hari tu tapi depa takmau masuk dalam sebab abang Syahir kata tempat tu tempat budak-budak perempuan. Depa dua orang lebih rela lepak kat luaq tunggu kita.
Gambar kita bertiga. Nasib baik la ada orang sudi ambilkan gambar. :)
Puas hati dapat bergambar kat depan ni.
Sanrio Hello Kitty ni dekat saja dengan Legoland. Tahun lepas masa kita mai JB pi Legoland, kita sempat tengok Hello Kitty Town ni dari luar saja. tahun ni papa tunaikan permintaan kayra nak masuk dalam.
Lepas bayar. Kita kena pakai tag tangan macam gelang kertas tu. Kayra dah tak sabar masa ni. belum apa-apa dia dah meluru masuk. Kena la panggil pulak. hehehehe...
Belum boleh masuk. ambik gambar dulu. Ini bukti kita sampai sini ok.
Kamu tahu tak kamu ni kesayangan, apa saja permintaan kamu seboleh-bolehnya papa dan mama akan tunaikan. Setakat sekarang, kamu sajalah seorang yang kami ada.
Eh ! tiba-tiba dia muncul. Dan Kayra adalah orang pertama yang dapat bergambar kat Dream Photo Garden. Sangat seronok kayra.
Mama rasa bila mama naik, penuh cawan tu. Huhuhuhu.... Tea Cup Ride...
Sofa Hello Kitty...
Katil Hello Kitty....
Dear Daniel in cage...
Mama lupa la nama dia ni. tapi Kayra takut sikit kat dia.
Kat belakang tu Agelina Ballerina sebenar, kat depan tu Angelina Ballerina mama.... muahhhsss.....
Angel and Angelina....
olololololo....
Dengan Pinggu...
Bob The Builders...
Kayra sempat jugak tengok persembahan Hello Kitty dan Dear daniel serta kawan-kawan. ada tarian Rusia, arab dan macam-macam lagi... Best...
Lepas tu kita naik atas tengok Barney pulak.
Kayra sampai ke depan pentas bila penari ajak dia menari. Tinggal mama sorang-sorang.
Lepas tu kita ke kelas ballet Angelina pulak. Seronoknya Kayra dapat join...
Dan dapat bergambar jugak...
Sir TophammHatt With Kayra..
Kayra dengan papa. Kalau naik yang tinggi-tinggi, gayat-gayat mama tak campur...
Contohnya macam naik heli ni, tak la tinggi sangat tapi malas la mama. Pening. Windmill pun kayra naik dengan papa.
Berja-jam dalam tu akhirnya kita keluar jugak. Huhuhu. Sebenarnya ada beratus-ratus gambar sampai mama tak tau mana nak pilih. Ini pun dah meluat orang nak tengok dah. Cukup la...
Turun bawah bergambar lagi kat Lat Place.
Sebelum kita keluar dari Sanrio kita bergambar dulu kat depan Puteri harbour.
Kita keluar dari Hello Kitty Town dalam pukul 3 lebih kot. Lepas ni kita nak ke tempat lain pulak. Tempat yang dulu kita nak pi tapi tak sempat. Till mama sambung lagi nanti...harap bersabar.
xoxoxo
Kita keluar dari Hello Kitty Town dalam pukul 3 lebih kot. Lepas ni kita nak ke tempat lain pulak. Tempat yang dulu kita nak pi tapi tak sempat. Till mama sambung lagi nanti...harap bersabar.
xoxoxo
No comments:
Post a Comment