Cerita lama lagi....
Tahun baru sudah menjelma dan hari ni hari jadi mama. Macam tahun-tahun sebelum ni., papa mesti nak bawak mama makan-makan kat mana-mana. Sebab mama suka makan. Tahun ni pun makan-makan jugak tapi kali ni kita pi makan ramai-ramai. Kita pi piknik...yahooo...!!!!
Guna laluan Jambatan Pertama Pulau Pinang memandangkan Jambatan kedua tak siap lagi. Pagi sangat-sangat kita lalu pagi tu di hari cuti begini...
Kenapa awal sangat ? Sebab ini lah. Tak lain tak bukan sebab ini. Papa tu nak makan roti canai kat Jalan Transfer.
Kayra tu apa pun tak mau. Roti bakar ka, roti canai ka semua dia geleng. tapi boleh tahan la jugak bila dia suap la dua tiga sudu ke dalam mulut dia tu telur separuh masak.
Dan kita dah sampai. Area Moonlight Batu Feringghi. Seronoknya Kayra dapat jumpa pasir sebab dia tau mama takkan marah bila dia main pasir kat tepi pantai.
Dengan spek besarnya. Diva la sangat sayang.
Sorang-sorang asyik main pasir. Sorang pun jadi kerja...
Cuaca hari tu cantik sangat, cerah sangat.
Dan maksu pun ada bersama kita menikmati mentari satu januari hari tu...
Tulis nama pada pasir pantai. Dah siap tukar baju mandi dah... Tapi jangan tertipu, Kayra kalau ke pantai atau swimming pool mesti lengkap berpakaian swimming suit, tapi dia sangat penakut air. Tak akan mandi laut pun...
Cewah-cewah Kayra dan maksu...
Tak lama lepas tu, family mak anjang sampai. Dan kayra sangat gembira sampai meniarap di atas pasir.
Ada juga cubaan membuat istana pasir, tetapi tidak berjaya.
Cerita pasal makanan pulak. hari ni kita buat barbeku. ada ikan, ada sosej, ada ayam dan ada daging.
Bakar-bakar ni malas sikit nak ambik port. Mama tunggu saja makanan sampai kat mama...
Kupas limau je la untuk anak kesayanganku...
Upah dengan limau barulah nak mai dekat mama dan bergambar dengan mama. Mentang-mentang la ramai melayan dia...
Meriah sangatlah kita hari tu. Moonlight ni best sebab ada toilet dan bilik mandi dekat . Senang nak bersihkan badan lepas mandi air masin.
Family mak anjang. 7 family members.
You both. Sepupu. Merangkap kawan baik.
Us. Mama, papa dan kayra.
Makan sudah, kenyang pun sudah, sekarang kita semua mengemas...
Takpalah... orang lelaki je lah mengemas....
Pantang nampak kamera kan ? Hehehehe...
Dalam pukul empat kita semua bersurai . Seronoknya rasa bila dapat berkumpul . Lepas la sekejap rindu dendam sekali sekala ramai-ramai macam ni. Oleh kerana satu januari tahun ini jatuhnya pada hari rabu, tanpa cuti tambahan bererti esok kita semua bekerja. Sambut tahun baru dengan penuh kegembiraan.
....SAYA SAYANG KELUARGA SAYA....
XOXOXO
Dalam pukul empat kita semua bersurai . Seronoknya rasa bila dapat berkumpul . Lepas la sekejap rindu dendam sekali sekala ramai-ramai macam ni. Oleh kerana satu januari tahun ini jatuhnya pada hari rabu, tanpa cuti tambahan bererti esok kita semua bekerja. Sambut tahun baru dengan penuh kegembiraan.
....SAYA SAYANG KELUARGA SAYA....
XOXOXO
No comments:
Post a Comment