Sunday, 2 February 2014

Hatyai 2.11.2013 Day 2 ( on 3.11.2013 actually...)



 Hari Kedua...

Hari kedua ke Hatyai kali ni mesti pi Homepro. Walaupun tak ada apa nak beli kat situ tapi nak jugak pi situ. Alasan kali ni, nak bawak tok honey, tapi mama yang lebih-lebih nak pi. Tak kisah la. janji sampai.

malasla nak letak gambar kat dalam homepro lagi. Gambar kat luar je la.. Macam biasa, prosidur tetap, mesti nak check apa kat dalam bonet. Sangat ketat kan ?


Tengahhari kita berjalan kaki. jalan jauh-jauh sikit.


Hari masa kita mai, tak terfikir pulak nak kesini. Tapi kali ni, papa ajak. jauh kita berjalan. Penat. Kesian Tok honey. 


Bila dah sampai. Perkara pertama yang kita buat adalah bergambar dulu kat depan ni.


Bila masuk dalam, mama paksa Kayra bergambar pulak dengan replika keretapi ni...


Oooopppss.. mama lupa nak cakap kan ?  Kita pi Stesyen keretapi Hatyai...


Walaupun berjalan jauh, tapi anak mama macam tak tau erti penat. Cergas saja kesana sini dengan Tok Honey.


Kita bagi peluang Tok Honey duduk sekejap dan kayra pun sempatlah dok membelek hiasan-hiasan yang ada kat situ. Membelek tanpa merosakkan...


Papa cakap, suatu hari nanti kita akan datang sini naik keretapi jugak. Suatu hari nanti, tak tau bila... hmmmm...


Sempat jugak kita tengok jadual keretapi kat sini. Kalau nak mai sini, kita boleh naik tren dari Butterworth ke Hatyai...


Dah selesai kat stesyen keretapi, kita pun pelan-pelan berjalan. Banyak jugak tempat kita singgah. Tok Honey beli barang-barang jugak. 


Kamera tak berhenti bekerja. Papa tak payah pegang apa, pegang kamera saja. So, habis dicandidnya gambar kita. 


Penat berjalan. Kenyang pulak tu. mata pun dah tak larat angkat sebab mengantuk. So, balik ke hotel lah kita untuk beradu.



Esok kita nak balik dah. Rasanya tak kemana dah kita. Terus saja balik. Arrrghhh...sangat rindu rumah kita...



xoxoxo

1 comment: