Thursday, 27 December 2012

Pantai Kerachut , Apa Kau Buat ? ...day 1 part 4

Dah penat balik dari jalan-jalan. Kita ready untuk berbeku pulak. Walaupun penat pun tak habis lagi tapi dek kerana keseronokan, segala penat lelah tu boleh tolak tepi. Susah nak dapat kesempatan beramai-ramai macam ni dan bila dah dapat kita janganlah pulak bazirkan. Kerah tenaga sebaik mungkin. hehehehe....


Tempat masak yang disediakan berdindingkan jejaring besi ala-ala chicken net. Tapi ada jugak sebahagiannya yang dah terlopong dan mama assume ada penunjung yang 'pinjam' sikit net ni untuk jadikan alas pembakar barbeku.Hehehe...

Yiiiihaaaa...kita bakar sate dulu. Jejaring kita nampak baru dan sudah tentunya kita tak ambik dari dinding tempat masak tu.  Paksu bawak mai la...

Dan masa kita sampai, kita tengok kat tempat perkhemahan kita dah banyak khemah yang terpacak di sekeliling tempat kita. Ada group sekolah cina rasanya. nampak meriah sangat.

Paksu kata, kalau nak rasa boleh ambik satu saja. Elehhh...

Pilih...pilih... nak yang mana. Ini baru sate dan sosej. Mana kerang, udang dan lain-lain lagi ??

Apa lagi, jangan kita buang masa. Makan la...

Tu dia...bapak punya besar periuk kat depan kita tu...Kek pun ada tu. Walawei...heaven...

Pusing pusing gambaq makan, pusing pusing gambaq makan....

Si budak kecik asyik kena kepung saja selalu. Risau jugak mama tepi hutan ni...

Papa kita muka dah merah macam udang kena bakar padahal setengah jam je pun bakar sate.

Ok, dah settle makan mama nak pi mandi dalam gelap gelemat. Kayra duduk dengan papa. harap-harap air kuat la sikit kot.

Kat sini, elektrik supply ada dari jam lapan malam hingga 12 malam. So kalau nak buat apa-apa time tu memang cerah la sikit. Tepat saja jam 12 malam, bergelap la kita balik. Papa malam tu ikut geng-geng lelaki pi memancing sampai 3 pagi, Kayra pulak pukul sepuluh dah tidoq, mama la yang dok sakan tampaq nyamuk takut gigit Kayra. Kat luar khemah kita budak-budak cina sakan dok bersembang.

Nanti sambung lagi la ok. hehehe...                                    

2 comments:

chinta safia said...

amboii kyra, tengah-tengah hutan pon seksi..nanti nyamuk kiss baru tau.

ida said...

Panas la auntie....hehehe...

Post a Comment