Wednesday, 26 December 2012

Pantai Kerachut , Apa Kau Buat ? ...day 1 part 3

Lepas pasang khemah, makan, mandi kita bersiap-siap untuk buat aktiviti. Ya best, sangat tenang dan damai tambah-tambah lagi bila tak ada line telefon. Semua orang akan together gether untuk happy kan diri. Hijau dan sangat damai di sini. Mula-mula kita nak masuk jalan-jalan dalam hutan dan ikut laluan terus ke pantai dan balik kembali ke tapak perkhemahan. Cakap banyak tak guna, kita tengok gambar sajalah. Ada orang tegur blog mama ni meriah sangat dengan gambar, tak apalah...blog ni kat photoblog, memang saja mama buat macam ni, ada cerita, adalah gambarnya. Macam berhujah, ada conclution dan ada proof. So, mama nak biar saja blog ni macam ni. Cerita bergambar barulah tak boring kan Kayra ?

Mama rasa gambar dah silap susun ni. Tak apa lah. Ini dah kat tengah hutan. Tapi kita bukan orang utan. Hehehe...


Ada jambatan batu kat tengah hutan di bawah tu ada sungai kecil macam laluan air saja. Sangat jernih dan cantik.


Denai macam ni lah yang kita lalu untuk ke tempat tadi. Gambar tak ikut susunan. Tak kisah lah. Ada kucing pulak seekor yang ikut kita berjalan. Entah dari mana datang kita pun tak tau.


Dua orang kakak mama. Cikgu dua-dua orang ni.


Jauh perjalanan kita . Pantai tu dekat tapak perkhemahan kita.


Kayra kalau mama angkat kamera suruh posing je mesti tangannya akan buat simbol peace. Memang trademark dia sekarang ni.


Macam biasa, gambar tak ikut susunan.


Ashraffi, Najla, Kayra, Mazif dan Waa'iz. Masuk hutan kamu ye.....


Kami berempat di tengah hutan.


Mereka berempat di tengah hutan.


Ini pulak titi kayu. Ada sungai kecik jugak kat bawah tu. Sangat jernih dan cantik.


All the cucu's wan yang ada hari tu.


Cantik kan ?   Rasa macam nak mandi mandi tak ?


Kita jalan sampai jumpa jambatan gantung pulak. Berapa banyak jambatan kita jumpa daaa....


Pantang ada kamera...


Depa depa ni pun pantang jugak....



Saya suka.....saya suka......saya suka gambar ini.....


Mak bapak ambik gambar, si kecik berendam. Kat sini lah pertembungan antara air masin dan air tawar. Sungai bertemu laut.


Sangat cantik. Rasa nak pi lagi....


Nak tau apa itu tasik meromiktik ?
Baca sendiri... :)


"Tasik Meromiktik adalah tasik unik yang hanya terdapat di Taman Negara Pulau Pinang dan 19 tempat lain di seluruh dunia. Keunikan tasik ini bukan terletak pada lokasi mahupun saiznya, tetapi unik dari segi kandungan serta cara peralihan pasang surut airnya.

Meromiktik bermaksud dua lapisan air iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur antara satu sama lain. Lapisan air yang tidak bercampur ini akan menjadikan suhu air tersebut berlainan dan menjadi habitat dua jenis hidupan berlainan. Struktur lapisan air di Tasik Meromiktik kebiasaannya dilatari oleh air laut pada dasar tasik dan air sungai pada bahagian atas dan permukaan kerana ketumpatan air laut adalah lebih tinggi berbanding dengan air sungai. Menyentuh mengenai kehidupan di dalam tasik seumpama ini, keistimewaannya masih dapat dilihat apabila hidupan air seperti ikan-ikan kecil dan udang juga datangnya dari berlainan jenis iaitu ikan-ikan laut dan sungai.

Tasik ini mempunyai keluasan 2.77 kilometer persegi dengan kedalaman maksima 9 kaki. Proses semulajadinya akan bersilih ganti membentuk dan mengeringkan tasik unik ini. Kebiasaanya pada waktu peralihan angin monsun iaitu antara pada bulan April hingga Mei dan Oktober hingga November, fenomena unik pembentukan dan pengeringan tasik ini dapat dilihat serta diamati. Musim monsun yang membawa ombak besar dan angin kencang akan membantu proses pemecahan benteng pasir pantai dan membentuk aliran air laut masuk ke dalam tasik. Lama-kelamaan tasik ini akan dipenuhi dengan air laut dan air sungai dari enam batang sungai yang mengelilingi tasik ini. Seterusnya, selepas satu tempoh waktu dan peralihan musim monsun, ombak besar dan angin kencang sekali lagi membantu proes merobohkan empangan pasir dan menarik air laut serta sungai keluar ke laut. Fenomena ini boleh berlaku berulang kali dalam tempoh peralihan angin monsun. "

( Sumber : http://lets-conserve.blogspot.com/2009/02/tasik-meromiktik-keunikan-yang-harus.html ) kredit to them


Cantik gila permandangan. Padan lah dengan  yang gila-gila bergambar di atas tu... Betul, kalau hangpa mai sendiri sini pun hangpa pun akan pulun jugak bergambar.....nak habaq hang...


Batu besaq pun akan jadi port bergambaq jugak....


Dua wajah kesayangan yang jarang dan sangat susah nak bergambar.  Sangat kontra dengan mama. Dan mak su jugak... :)


Ok, kita boleh terus ke tapak perkhemahan kita. Dah dekat tu...



Dah settle part 3 day one. Ada lagi.... Tapi nanti la sat. Bagi chance mama bernafas sekejap. Nak pi Batu Kawan sat. Nanti sambung lagi na.....





No comments:

Post a Comment