Wednesday, 12 December 2012

Kedua Nenda kembali ke Malaysia....

Satu lagi entry yang dah bersidai lama dalam draft. Tak dak mood pulak nak mengupdate sekarang ni. Rasa macam susah sangat nak dapat idea mengarang ayat (walaupun blog mama mana ayat panjang-panjang sangat pun). Tapi mama cuba jugak nak update cepat-cepat sebab ada satu entry terbaru yang mama rasa tak sabar-sabar nak publish. Hehehe...

Wan dengan tok dah balik daripada menunaikan ibadah haji dan selamat sampai di lapangan terbang Bayan Lepas pada 28 November yang lepas. Mama pi ofis dulu, punch card dan isi borang keluar ofis. Sebab sekejap saja nak keluar. Kayra tak ikut sebab papa nak jugak hantar Kayra pi school. Tak apa lah, sebab hari ni mungkin bersesak-sesak dengan orang ramai, jadi ok jugak kalau Kayra tak ikut pun. Nanti rimas pulak Kayra. Baik Kayra tinggal kat school, nanti hujung minggu kita balik kampung jumpa wan dan tok.
Flight dari Jeddah dikatakan akan sampai jam lapan, tapi tau-tau dapat call pukul tujuh dah mendarat. Tak kisah la, mama sampai paling lambat sebab wan dan tok mungkin lambat lagi sebab urusan clearance mungkin ambil masa. Parking pun susah nak dapat tau. Papa parking kereta kat laluan pelepasan tapi jauh sikit la, kalau nak harapkan parking kat bawah memang tak dapat la...
 
Anak-anak wan dan tok cuma berempat saja yang datang. Mak lang dan mak long tak mai sebab tunggu kat rumah ready untuk makan-makan. Hehehe...



Pukul sembilan lebih barulah nampak kelibat wan dengan tok keluar dari balai ketibaan.


Ramai hari tu. Jemaah haji dah satu kapal terbang, yang menjemput pulak sekurang-kurangnya tiga buah kereta untuk jemput dua orang jemaah. Kalau ada 80 jemaah haji, tiga buah kereta untuk jemput 40 orang. Dalam sebuah kereta pulak ada 5 penumpang.  5 buah kereta x 5 orang untuk sebuah kereta x 40 jemaah = 1,000 orang yang menjemput. Campur dengan jemaah lagi. Dengan sukarelawan dan petugas. Tak ke sesak airport. Itu kalau dianggap sebuah kereta 5 orang, kalau naik harrier, rexton, exora, unser, lagi ramai boleh muat tu.... (apahal pulak mama dok kira orang ni...)


Hajjah dan Haji. Syukur sebab sihat dan selamat sampai. Ahlan wa sahlan ya Hajj...


Dimana ada kamera, di situlah maksu kamu ada... ..


Ummi pulak tolong pimpin tok.


Barang banyak, tolong-menolong tolak troley...


Abah dan Ummi dengan Wan dan tok.


Sebahagian daripada the cucus yang hadir. Dan ummi jugak terselit sama.


Gambaran kesesakan yang jelas di depan mama hari tu.


Ini pulak selepas semua dah beransur bersurai lepas settle semua. Lengang pulak jadinya...



Papa dan mama tak ikut wan dan tok balik kampung sebab perlu masuk ofis lepas tu. Pukul 10.30 pagi kami dah gerak keluar. Tak perlu lama-lama kat situ sebab mama nampak tok dan wan penat sangat. Kita bagi wan dan tok rehat dulu, nanti weekend kita bertiga balik kampung. :)



No comments:

Post a Comment