Lepas tu, semua tanpa buang masa lagi angkut segala barang terus ke tapak perkhemahan. Sangat bertuah kita hari tu sebab masa kita sampai tak ada lagi group lain yang ada kat situ, kalau ada pun satu family yang cuma ada dua khemah kecik saja. Apa lagi, rasa macam kita pulak yang conquer tempat tu hari tu.
Papa pasang khemah dengan dibantu oleh paksu dan dipantau oleh Abang Nuruddin selaku Quality Controller. Hehehe...
Ini pulak khemah Abang Rabani, kecik saja dan muat untuk seorang saja. Yang pasang seorang saja, yang bertiga tu saja dok buat ramai.... ( nampak macam banyak perkataan saja dalam ayat tadi, saja ja mama letak banyak-banyak, saja saja )
Abah, tak pasang khemah pun, tunggu Abang Rabani settle khemah dia baru settle khemah abah pulak. Amboi.....bukan main....
Mama selaku tukang masak ketiga, cuma dibagi tugasan kopek kulit telur sebab kerja-kerja berat semua dibuat oleh ketua tukang masak iaitu ummi dan penolong tukang masak, mak anjang dan maksu pulak cuma pembantu dapur.
Ada ruang masak disediakan yang permanent dalam pondok tu, kita cuma bawak dapur saja. Plug elektrik pun ada tapi cuma boleh guna malam saja kalau tak salah mama. Paip air semua ada. Cuma bawak peralatan memasak saja.
Tengok tu, dah ready khemah kita semua. lapang saja kawasannya kan ?
Ini tempat memasak kita. Ha kau...segala periuk besaq gedabak kita angkut dari rumah. Menu kita hari ni adalah gulai telur rebur, sardin dan macam-macam lagi. Menu lima bintang untuk sebuah perkhemahan budget. Kita bawak dapur gas lagi, ada dua dapur gas, satu mak anjang bawak satu lagi papa bawak. Sangatlah mudahnya...
Lepas siap masak terus semua berebut-rebut makan. Kan lapar kan ? Tu, kicap mesti ada. Kata pak anjang, " kalau tak ada kicap, tak menjadi lah perkhemahan kita kali ini " .
Lapar ye semua ? Sila makan dulu bagi kenyang. Lepas makan jangan lupa cari kayu api.
Wan Muhammad Rabani dan Wan Muhammad Nuruddin. Jangan lupa cari masa lagi, kita set time untuk perkhemahan kat tempat lain pulak. Ke dah serik berkhemah macam ni ?
Solat kat tengah hutan, jangan lupa. Kena pelangkung kang tak sembahyang.... mak kamu garang...
Kamera baru, orang yang tak mampu beli tengok je lah. Tapi kamera kompak ni pun ok apa, buktinya.... gambar ini terang dan jelas. Kamera gedabak tu nak bawak pun susah, kamera kompak ni masuk poket jer.... Hehehe.... ada nada jeles di situ.....
Tengok ni, setaraf je gambar dari kamera DSLR dengan gambar di atas. Maksu sila jangan segan-segan ambil gambar mama dengan kamera DSLR lagi..... :)
i like.... Saya suka gambar ini....
Tempat masak dan makanan disimpan kemas dan dirapikan sebab kita nak buat aktiviti lain pulak. Kat sini kita dah diingatkan oleh pengurusan bahawa jangan tinggal makanan dan barang masak terdedah sebab ada banyak monyet yang suka geledah barang. Ada jugak landak yang sukakan roti gardenia. So, semua barang kita simpan elok-elok.
Dah settle part 2. Lepas-lepas ni mama sambung lagi. Tempat ni sangat menarik dan cantik. Teruskan membaca. Sebab lepas ni mesti kamu, kamu dan kamu yang suka aktiviti outdoor , mesti akan suka tempat ini. Pantai Kerachut.
Dah settle part 2. Lepas-lepas ni mama sambung lagi. Tempat ni sangat menarik dan cantik. Teruskan membaca. Sebab lepas ni mesti kamu, kamu dan kamu yang suka aktiviti outdoor , mesti akan suka tempat ini. Pantai Kerachut.
No comments:
Post a Comment